Thursday 7 April 2011

Sarapan Pagi nan Indah

Sudah seminggu kot aku tak mencoretkan apa di lembaran blog jahitan ini. Untuk hari ni aku bukan nak cerit pasal jahitan..Tapi bercerita berkenan sarapan pagi ku.. Erm..saje memenuhkan ruangan blog ini..Pagi itu, sarapan pagi ku adalah Nasi Goreng Mertua.. Erm..kenapa aku kasi nama nasi goreng ku sebegitu..hehe..Bukan apa, nasi goreng tuh ajaran daripada Mak Mertua kesayanganku..Tapi aku upgrade sikit2 jer..Sebelum nih aku tak pandai masak nasi goreng macam itu..Cuba dan makan baru tau keenakkannya ..Sebab itu aku suke wat nasi goreng nih..Simple tp sedap..Yummy..Kalau mereka ingin cuba, ini bahan2 dan cara penyediaanya..

 Nasi Goreng Mertua

Bahan-Bahan Masakan

1. Nasi yang telah disejukkan (anggaran dalam 3 org makan)
2. 1 biji bawang besar (ditumbuk)
3. 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
4. Ikan bilis (ikut sesedap rasa)
5. 5 batang kacang buncis (dipotong halus)
6. 1/2 batang lobak (dipotong halus)
7. 1 biji telur
8. 3 ulas cili api (ditumbuk)
9. Kicap
10.Sos Tiram

Cara Penyediaan

1. Tumbuk bawang besar dan bawang putih. Boleh juga dikisar. Tapi kalau ditumbuk rasa masakan lagi sedap (ini untuk hidangan yang sedikit sahaja)

2.  Tumbuk cili api dan gaulkan bersama nasi sejuk.

3. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing.

4. Ketepikan ikan bilis yang telah dimasak dan masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah ditumbuk.


5. Apabila bawang sudah kekuningan, satukan bersama ikan bilis.

6. Kemudian masukkan sedikit sos tiram, kicap dan sedikit garam.

7. Apabila ianya sebati, masukkan kacang buncis dan lobak yang telah dipotong kecil.

8. Kamudian masukkan nasi sejuk yang telah digaulkan bersama cili api.

9. Gaul sehingga sebati nasi bersama perencah-perencah yang lain kemudian ketepikan nasi yang sebati.

10. Masukkan telur. Tunggu sehingga telur menjadi separuh masak.Kkemudian baru gaulkan bersama nasi.

11. Hidangkan semasa panas..


SELAMAT MENCUBA

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...