Wednesday 16 October 2013

Cotton Sara

Atas permintaan pelanggan, Jahitan@Sara telah membuka Butik Cotton Sara(klik disini). Kepada pelanggan Jahitan@Sara dialu alukan untuk membeli belah di Cotton Sara dan terus mendapatkan perkhidmatan di  Jahitan@Sara. Terima kasih menyokong Jahitan@Sara selama ini.. Luv u olls..


Monday 7 October 2013

COMING SOON...

Atas permintaan ramai, Jahitan@Sara akan mengeluarkan 2 projek terbaru. Harap dapat menanti kemunculannya...COMING SOON.. =)

Thursday 11 July 2013

Tempahan DIBUKA Semula

Assalamualaikum pengunjung blog Jahitan@Sara..

Ada berita baik bagi mereka yang masih mencari2 tukang jahit untuk tempahan hari raya 2013. Jahitan@Sara membuka semula tempahan sebanyak 10 pasang baju untuk raya idulfitri 2013. Tempahan ini bermula pada hari ini. Siapa cepat dia dapat. Bagi yang ingin membuat tempahan, Jahitan@Sara menghadkan 1 pelanggan terhad kepada 2 pasang sahaja. Untuk tempahan ini, Jahitan@Sara hanya mengambil jenis fabrik/kain yang tidak licin seperti kain cotton dan seangkatan dengannya, tidak mempunyai lining dan hanya design seperti biasa. Contohnya kurung biasa, kurung pahang, kurung betawi, kurung pesak gantung dan kurung moden.

Bagi mereka yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi sy di talian 013-3553964, email: jahitansara@gmail.com atau di FB : Jahitan Sara .

Jahitan@sara akan mengambil tempahan bagi mereka yang cepat menghubungi Jahitan@Sara dengan memenuhi kriteria yang disenaraikan di atas.

Terima kasih semua..

Thursday 6 June 2013

TEMPAHAN BAJU AIDILFITRI 2013 DITUTUP

Assalamualaikum pelanggan dan pengunjung Jahitan@Sara yg disayangi selalu. Disini Jahitan@Sara ingin maklumkan bahawa semua tempahan pakaian untuk Aidilfitri 2013 telah di TUTUPSelepas Aidilfitri 2013, tempahan akan dibuka kembali seperti biasa. Ini kerana Jahitan@Sara ingin memastikan bahawa tempahan baju dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.

Walaubagaimanapun kepada pelanggan yang telah menelefon Jahitan@Sara untuk membuat tempahan baju, tempahan anda telah dimasukkan dalam kuotaJadi anda tidak perlu risau. Anda boleh menghantar kain anda kepada Jahitan@Sara secepatnya. Tarikh akhir penghantaran kain adalah pada 23 Jun 2013. Jika kain tidak dihantar maka tempahan anda akan dibatalkan. Kepada mereka yang telah menelefon untuk membuat tempahan dan ingin membatalkan tempahan, hendaklah diberitahu kepada Jahitan@Sara dengan kadar segera. Ini dapat memberi peluang kepada pelanggan yang lain untuk membuat tempahan baju. Pada mereka yang telah menghantar kain kepada Jahitan@Sara, insyaAllah baju anda akan disiapkan sebelum Aidilfitri 2013.

Untuk berita gembira kepada pengunjung blog, Jahitan@Sara akan membuka tempahan sekiranya kuota dan kapasiti Jahitan@Sara mengizinkan. Harap sentiasa mengikuti blog Jahitan@Sara. Mungkin anda mempunyai peluang kedua...

Terima kasih kerana memilih Jahitan@Sara. Jahitan@Sara amat menghargai pelanggan dan pengunjung setia..Sayang kamu semua..:)

Friday 8 February 2013

Tempahan jahitan DI TUTUP Sementara

Assalamualaikum..

Kepada semua pelanggan lama Jahitan@Sara dan bakal pelanggan Jahitan@Sara, buat sementara ini, Jahitan@Sara tidak akan menerima sebarang tempahan jahitan baju untuk sementara waktu. Ini kerana saya akan berehat untuk cuti bersalin . Tempahan akan dibuka semula pada bulan Mei 2013. Makluman berkenaan pembukaan semula tempahan jahitan akan dimaklumkan. Bagi mereka yang telah menghantar tempahan baju, akan disiapkan mengikut waktu yg ditetapkan.

Doakan saya selamat bersalin pada bulan Mac 2013.

Harap akan berjumpa kembali pada Mei 2013.. 
Terima Kasih semua.. SAYANG KAMU>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...