Cara Tempahan Secara Pos

CARA-CARA MEMBUAT TEMPAHAN SECARA POS

1. Anda perlu poskan KAIN ELA dan BAJU CONTOH atau anda boleh memberi ukuran baju anda kepada saya mengikut ukuran contoh yang saya sediakan di dalam blog ini atau anda membuat ukuran badan anda sendiri (kaedah ini lagi bagus kerana anda dapat menjimatkan wang untuk mengepos baju contoh anda kepada saya).

2. Bila anda poskan kain tersebut (dalam bungkusan kain) jangan lupa sertakan sekali maklumat terperinci anda seperti nama, nombor telefon beserta alamat surat menyurat. (alamat yang akan di poskan kain yang siap dijahit)

3. Setelah saya menerima bungkusan anda, saya akan SMS atau menelefon dengan kadar segera anda untuk memaklukan bahawa bungkusan anda telah selamat sampai ke tangan saya.

4. Apabila bungkusan anda telah sampai kepada saya, proses jahitan akan dilakukan. Tempahan anda akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 minggu (siap sepenuhnya). Jika anda ingin membuat tempahan dengan kadar segera (express), sedikit caj tambahan akan dikenakan mengikut kadar tempahan segera tersebut. Saya akan maklumkan semula

6. Apabila tempahan baju sudap siap, saya akan memaklumkan kepada anda semula dengan mengirim SMS atau menelefon anda supaya anda mengetahui baju anda sudah siap sepenuhnya.

7. Anda perlu membuat bayaran dan caj pengeposan sebelum saya membuat pengeposan baju anda. Caj pengeposan akan dikenakan sama seperti charge yg anda kirim kepada saya. Bayaran boleh dibuat dengan bank-in ke dalam akaun saya. Saya akan SMS no akaun bank saya ketika saya memberitahu tempahan anda sudah selesai.


Untuk tempahan secara pos, anda akan dikenakan sedikit caj tambahan RM 5@6 untuk caj minyak/masa (untuk ke pejabat pos) dan kertas bungkusan. Sebagai contoh Baju Kurung Biasa (mengikut senarai harga saya RM 40. Bagi tempahan secara pos tempahan akan menjadi RM 45. Jadi RM40+caj tambahan+caj pengeposan= RM?? ).Harap anda berpuas hati dengan penerangan saya..SMILE>> :)

8. Setelah saya menerima bayaran tempahan dan caj pengeposan, kain sedia untuk di pos ke alamat anda. Jika terdapat sebarang komen mengenai jahitan saya, boleh dimaklumkan kepada saya semula.

Amat SENANG dan MUDAH..


Nama dan Alamat Saya:

Siti Maisarah Binti Idris
Taman Gombak, 
Batu Caves, SELANGOR
(013-3553964)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...