Friday 28 October 2016

-: Langkah Pertama Menjadi Tukang Jahit Secara Lean Start Up-:
-------------------------------------------------------------------

Langkah pertama nak jadi tukang jahit bukan beli mesin jahit.
Belajar menjahit dulu sampai pandai baru beli mesin jahit.

Saya dah berpuluh pasang baju jahit baru beli mesin jahit.
Itupun menyesal sebab beli mesin murah je
Tak sangka bisnes boleh maju sampai tak cukup tangan.

Saya akan kongsi langkah seterusnya supaya anda tidak terbakar duit begitu sahaja bila ada masa nanti :) :-
-----------------------------------------
--------------------------

Wednesday 26 October 2016

Cara MURAH Belajar Menjahit

*Cara MURAH belajar jahit*
 ===============================
 Salah satu cara hendak jimatkan kos belajar jahit adalah bemula dengan menjahit baju kanak2 sebabnya:

>Tak perlu beli kain baru..boleh guna lebihan kain sahaja. Kebanyakkan tukang jahit ada banyak simpan lebihan kain. Berbaiklah dengan mereka supaya anda boleh dapatkannya secara percuma.

>Kalau jahitan tak kemas pun..kanak2 tetap gembira bila dapat pakai baju baru.

Perkhidmatan Jahitan

Jangan terlalu berani dalam bisnes jahit kalau:

+ Kita belum pernah membayar gaji walaupun walaupun pada diri sendiri, jangan berani-berani hendak mempunyai staff.

+ Kita belum pernah membuka kedai di rumah sendiri, jangan berani-berani meminjam duit bank bagi membuka kedai besar.

+ Kita belum pernah mempunyai pengamalan melangsaikan hutang bank RM5k, jangan berani-berani membuat pinjaman RM50k.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...