Saturday 7 January 2012

Baju Kurung Pahang Menyusu

Baru-baru ini Jahitan@Sara ada menerima tempahan Baju Kurung Pahang Menyusu. Baju ini mempunyai zip sorok dihadapannya bagi memudahkan ibu menyusukan anak. Baju ini juga boleh dipakai ketika tidak menyusu..Ianya fleksibel..hehe..=) Ada 2 pattern utk tempahan pada kali ini. Anda boleh melihatnya sendiri. Jika berkenaan, boleh menempah di Jahitan@Sara. Saya amat mengalu-alukan kehadiran tempahan dari anda semua..=)

Baju Kurung Pahang Menyusu+ Kain Lipat Batik

Baju Kurung Pahang Menyusu (Zip Sorok dibahagian depan baju (sehingga atas pusat-memudahkan ibu2 menyusukan anak). Butang salut di bawah zip adalah permintaan dari pelanggan sendiri.

Design Tangan dibelah ditengah dan diletakkn butang salut serta dikeluarkan sedikit baki kain
Design adalah dari pelanggan sendiri

Baju Kurung Pahang Menyusu dan Mengandung + Kain Lipat Batik

Zip dibahagian depan baju seperti baju kuning di atas

Baju ini adalah untuk ibu yang mengandung dan menyusu.Design baju ialah dengan adanya penambahan kain dibahagian bawah zip (kain warna plain purple). Ini kerana design tersebut disebabkan ibu mengandung mempunyai perut yg agak besar. Boleh dipakai ketika tidak mengandung, mengandung dah ketika menyusukan anak..  =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...