Wednesday 23 November 2011

Baju Kurung Batik

Baju Kurung Batik
*Contoh Kain Bercorak Batik (Batik Bersusun)

Terdapat pelbagai jenis kain bercorak batik. Ada corak batik berterabur, bersusun dan sebagainya. Salah satunya adalah seperti gambar diatas. Jika anda membeli kain bercorak batik seperti di atas (tgk contoh gambar-warna pink)*  tidak kira jenis kain crepe, sutera atau biasa, ianya hanya sesuai dijadikan baju kurung biasa sahaja. Lihat pada susunan coraknya, ia mmg dilakar untuk dibuat baju kurung biasa. Jika corak batiknya tidak disusun (corak batik berterabur), ianya boleh dibuat baju lain seperti kurung pahang, moden, betawi dan pesak gantung. Bagi pendapat saya, kain bercorak batik sesuai dibuat kurung biasa kerana baju kurung biasa adalah baju formal dan sesuai untuk dibawa ketika bekerja, majlis kenduri dan majlis formal. Lebih-lebih lagi jika mereka yang bekerja di badan kerajaan. Tetapi terpulang juga pada pemakainya juga. =) ..  Di bawah saya tunjukan bagaimana corak batik yang dilakar seperti gambar diatas digunting untuk dijadikan baju kurung biasa dan tidak boleh dibuat selain baju kurung biasa.

Cara kain digunting (corak batik bersusun)




1 comment:

  1. as salam, saya ingin menghantar kain batik crepe untuk dibuat baju kurung biasa. adakah masih diterima? Jika ya, saya ingin berkunjung di alat dia atas.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...