Wednesday 13 July 2011

Tempahan Baju Raya Aidilfitri Tahun 2011 di TUTUP...

Assalamualaikum pelanggan dan pengunjung Jahitan@Sara yg disayangi selalu. Disini Jahitan@Sara ingin maklumkan bahawa semua tempahan pakaian untuk Aidilfitri 2011 telah di TUTUP. Selepas Aidilfitri 2011, tempahan akan dibuka kembali seperti biasa. Ini kerana Jahitan@Sara ingin memastikan bahawa tempahan baju dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Jahitan@Sara juga ingin memastikan kualiti jahitan  dan keselesaan serta kepuasan pelanggan terjamin dan terjaga.

Walaubagaimanapun kepada pelanggan yang telah menelefon Jahitan@Sara untuk membuat tempahan baju, tempahan anda telah dimasukkan dalam kuota. Jadi anda tidak perlu risau. Anda boleh menghantar kain anda kepada Jahitan@Sara secepatnya. Dan kepada mereka yang telah menelefon untuk membuat tempahan dan  ingin membatalkan tempahan, hendaklah diberitahu kepada Jahitan@Sara dengan kadar segera. Ini kerana Jahitan@Sara boleh membuka sedikit ruang tempahan kepada mereka yang ingin membuat tempahan baju. Pada mereka yang telah menghantar kain kepada Jahitan@Sara sebelum ini, insyaAllah baju anda dapat disiapkan sebelum Aidilfitri 2011.Itu jaminan Jahitan@Sara.

Untuk berita gembira kepada pengunjung blog, Jahitan@Sara akan membuka tempahan sekiranya kuota dan kapasiti Jahitan@Sara mengizinkan. Harap sentiasa mengikuti blog Jahitan@Sara. Mungkin anda mempunyai peluang kedua...

Terima kasih kerana memilih Jahitan@Sara. Jahitan@Sara amat menghargai pelanggan dan pengunjung setia..Sayang kamu semua..:)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...