Thursday, 6 June 2013

TEMPAHAN BAJU AIDILFITRI 2013 DITUTUP

Assalamualaikum pelanggan dan pengunjung Jahitan@Sara yg disayangi selalu. Disini Jahitan@Sara ingin maklumkan bahawa semua tempahan pakaian untuk Aidilfitri 2013 telah di TUTUPSelepas Aidilfitri 2013, tempahan akan dibuka kembali seperti biasa. Ini kerana Jahitan@Sara ingin memastikan bahawa tempahan baju dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.

Walaubagaimanapun kepada pelanggan yang telah menelefon Jahitan@Sara untuk membuat tempahan baju, tempahan anda telah dimasukkan dalam kuotaJadi anda tidak perlu risau. Anda boleh menghantar kain anda kepada Jahitan@Sara secepatnya. Tarikh akhir penghantaran kain adalah pada 23 Jun 2013. Jika kain tidak dihantar maka tempahan anda akan dibatalkan. Kepada mereka yang telah menelefon untuk membuat tempahan dan ingin membatalkan tempahan, hendaklah diberitahu kepada Jahitan@Sara dengan kadar segera. Ini dapat memberi peluang kepada pelanggan yang lain untuk membuat tempahan baju. Pada mereka yang telah menghantar kain kepada Jahitan@Sara, insyaAllah baju anda akan disiapkan sebelum Aidilfitri 2013.

Untuk berita gembira kepada pengunjung blog, Jahitan@Sara akan membuka tempahan sekiranya kuota dan kapasiti Jahitan@Sara mengizinkan. Harap sentiasa mengikuti blog Jahitan@Sara. Mungkin anda mempunyai peluang kedua...

Terima kasih kerana memilih Jahitan@Sara. Jahitan@Sara amat menghargai pelanggan dan pengunjung setia..Sayang kamu semua..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...