Friday, 22 April 2011

Pesta Buku 2011

Hari ini banyak kerja, tapi kena la luangkan masa untuk diri sendiri. Barulah tak tension wat kerja. Betul tak..? Erm harini aku p luangkan masa di Pesta Buku 2011 di PWTC.22 April-1Mei 2011). Aku tidak keseorang menikmati buku seorang diri..Sebenarnye ia adalah idea daripada adikku. Dia yang ajak aku p Pesta Buku ini. Aku nak pergi. Tapi kalau sorang2 tak best lak. Dah ade adik ajak , aku go on jer la.. Mula2 pergi jemput adik kat Kolej Tun Syed Nasir. Kolej tu adalah kolej UKM di KL. Berhampiran dengan Pusat Darah Negara kat Titiwangsa. First time aku p kolej tu. Adik aku bukan belajar kat ctu, tapi dier p melawat kawan seperjuangannya kat kolej tuh..Bagus jugak, sbb leh la aku tau tempat baru..hehehe..

Sampai di PWTC dalam pukul 10.15pagi..Orang dah ramai waktu tu..Rasanyer pesta tuh open pukul 10.00pagi..Nampaknya kesedaran rakyat Malaysia untuk membaca buku sudah terkesan dihati masing2. Bagus2 aku suka..Sebelum bertolak tuh aku dapat flyer BESTA berkenann Pesta Buku ini. Kat flyer tuh ada kupon, "kepada sesiapa yang datang awal akan dapat hadiah Misteri".. Kalau datang kol 10.15pagi dengan orang seramai itu, erm melayang jer la nak dapatkan hadiah misteri tu..Xder rezeki orang kate..hehehe..

Seronok betul dapat tgk macam2 jenis buku. Belek punya belek, dari satu buku ke satu buku. Susah jugak nk pilih buku. Bukan ape, dah terlalu byk buku mulalah rambang mata nih. Kalu nak ikutkan hati, borong jer semua..Abis cerita kan..hehehe..Akak aku kirim Al-Quran bersamaan terjemahannya. So aku dan adik akan cari alQuran itu dlu. Sbb kalau nk cari buku lain dlu tak tau nk beli buku yang mane satu. So belek la al-quran tuh dari satu booth ke satu booth yang lain. Dan sudah semestinya harga yang akan ditanya..Harga yang paling murah akan menjadi dambaan kami berdua..hehehe..Akhirnya kami temui Al-quran dan terjemahanya di PUSTAKA JASMIN..Alhamdulillah berjaya jugak..

Pencarian seterusnya adalah pencarian buku untuk Mak aku yang disayangi. Sebelum aku p Pesta Buku ini, aku ada call mak. And then mak kata :

            "Alah nanti belikan  1 buku untuk mak yer, yang nipis2 jer cukuplah. Kalau ada tudung color purple pon boleh belikan jugak"

Wokeh aku tak masalah untuk membelikan buku mak di pesta buku tersebut. tetapi tudung? Mungkin bukan di pesta buku untuk membelikan tudung..hehehe..Puas jugak kitaorang cari buku untuk mak. Buku mak aku sudah pastinya buku keagamaan. Antara booth yg dikunjungi adalah booth In-team(lupe nama booth dier), Telaga Biru, Darussalam, Pustaka Illmu, PTS, Ana Muslim dan banyak lagi la..Akhirnya dapat jugak la bukunya. Buku Mak, Travelog Haji dan Sirah Nabawiyah. Adik aku Matahari dan Kerana Aku Berubah serta Button Badge(untuk ank buah). Buku aku semestinya Lembutkanlah Hatimu dan novel Syabab Musafir Kasih serta majalah Anis keluaran terbaru. Benarnyer banyak lagi nak beli buku...Mungkin mggu dpn aku p sekali lagi. Keluar dari dewan Pesta Buku itu dalam kol 1.30ptg. Tak sedar jer masa berlalu dgn cepat..nak cari ilmu kena la lama kan..ngeh3..Hari ini hari jumaat,  tp yang peliknya ramai tol lelaki musafir kat cni..Think Positif k..ngeh3..Faham2 jer la ye kawan2..

Al-Quran Kakak

Buku Saya

Buku Adik
Buku Mak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...