Monday, 20 February 2012

Telekung Sulam

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas."

[Al-A'raf - ayat 31]


Assalamualaikum...

Kepada pelanggan-pelanggan yang hormati, Jahitan@Sara kini mempromosikan telekung sulam yang menitikberatkan syarak serta kewajipan sah solat kepada muslimah ketika menunaikan ibadah solat.


Telekung Sulam Bertingkat-tingkat

Telekung dengan bidang yang besar

Sulam Bertingkat-tingkat berwarna putih lambang kesucian

Bahagian muka yang mempunyai getah bagi mengelakkan rambut terkeluar
Keseluruhan Telekung Sulam Jahitan@Sara

Sulam di bahagian kain



HARGA : RM 75 (termasuk pos)
harga promosi

Ciri-ciri telekung sulam Jahitan@Sara adalah:

1. Kain jenis cotton dan kain telekung tidak panas dan sangat selesa apabila memakainya ketika solat serta menunaikan haji atau umrah.

 2. Tidak nipis (tebal).

 3. Bidang kain yang labuh

 4. Hasil potongan yang tepat dan jahitan serta sulaman yang kemas.

 5. Mempunyai getah di bahagian kepala bagi mengelakkan tentang rambut terkeluar ketika menunaikan solat.

 6. Corak sulam yang cantik (bertingkat-tingkat) dan menarik serta fabrik yang memang sesuai untuk dijadikan telekung

 7. Warna telekung dan sulaman adalah bewarna putih yang melambang kesucian kepada pemakainya

8. Bahagian kainnya adalah kain sarung yang bergetah dan berfleksibel agar sesuai kepada semua saiz pinggang pemakainya.

Jika berminat boleh la menghubungi Jahitan@Sara..=)



Saturday, 11 February 2012

Uniform Jururawat

Post kali ini, Jahitan@Sara ada menerima tempahan untuk unifrom ala-ala jururawat. Tetapi uniform ini dipakai oleh pembantu rumah atau dikenali sebagai bibik. Uniform ini tidak mempunyai kolar seperti uniform jururawat. Ini kerana untuk memberi keselesaaan kepada pemakainya ketika sedang melakukan pelbagai pekerjaan di rumah. Uniform ini mempunyai 2 poket di bahagian hadapan baju seperti dalam gambar di bawah. Anda boleh melihatnya sendiri..=)

Uniform Ala-ala Jururawat (Bahagian Hadapan)

Mempunyai poket di sebelah kanan dan kiri di bahagian baju. (Bahagian Sisi)

Wednesday, 25 January 2012

Blouse Terkini

Assalamualaikum...
 
Jahitan@Sara ada menerima tempahan daripada K.Lea a.k.a pelanggan tetap Jahitan@Sara  . Kali ini K.Lea membuat tempahan untuk jahitan blouse. Jika berminat boleh mencubanya sendiri di Jahitan@Sara. Anda boleh melihat gambarnya di bawah ini.. =)

Blouse ini mempunyai jahitan di dada dan berkedut-kedut. Lengan cuff setebal 3 inci dan dihiasi dengan butang bungkus selari dengan ketebalan cuff

Blouse ini pula berbelah dihadapan dan dihiasi belahannya dengan butang. Serta mempunyai belahan dikiri dan kanan blouse. Lengannya pula mempunyai jahitan berlapik2.


Saturday, 7 January 2012

Baju Kurung Pahang Menyusu

Baru-baru ini Jahitan@Sara ada menerima tempahan Baju Kurung Pahang Menyusu. Baju ini mempunyai zip sorok dihadapannya bagi memudahkan ibu menyusukan anak. Baju ini juga boleh dipakai ketika tidak menyusu..Ianya fleksibel..hehe..=) Ada 2 pattern utk tempahan pada kali ini. Anda boleh melihatnya sendiri. Jika berkenaan, boleh menempah di Jahitan@Sara. Saya amat mengalu-alukan kehadiran tempahan dari anda semua..=)

Baju Kurung Pahang Menyusu+ Kain Lipat Batik

Baju Kurung Pahang Menyusu (Zip Sorok dibahagian depan baju (sehingga atas pusat-memudahkan ibu2 menyusukan anak). Butang salut di bawah zip adalah permintaan dari pelanggan sendiri.

Design Tangan dibelah ditengah dan diletakkn butang salut serta dikeluarkan sedikit baki kain
Design adalah dari pelanggan sendiri

Baju Kurung Pahang Menyusu dan Mengandung + Kain Lipat Batik

Zip dibahagian depan baju seperti baju kuning di atas

Baju ini adalah untuk ibu yang mengandung dan menyusu.Design baju ialah dengan adanya penambahan kain dibahagian bawah zip (kain warna plain purple). Ini kerana design tersebut disebabkan ibu mengandung mempunyai perut yg agak besar. Boleh dipakai ketika tidak mengandung, mengandung dah ketika menyusukan anak..  =)

Saturday, 17 December 2011

Baju Kurung Moden , Lengan Cuff dan Kain Berombak

Hari ini Jahitan@Sara menerima tempahan untuk membuat baju kurung moden dan kain berombak. Baju ini full lining. (manik di atas kain mmg sudah tersedia pada kain.. =) )Anda semua boleh melihat hasilnya.

Baju Kurung Moden (full lining)
Lengan Cuff (Cekak) - 6 inci 1/2 (mengikut ketinggian corak bunga)
Lengan Cuff (Cekak)- Dihiasi dengan butang bungkus atau butang salut (warna butang sesuai dengan corak bunga pada kain)
Kain Berombak atau Kain Beralun
Jika ingin membuat kain berombak atau kain beralun boleh di buat sebegini (lihat gambar di atas) atau boleh dibuat dari pinggang kain. Jika kain kurang mencukupi tempat yang berombak itu dibuat aras2 peha. Jika kain berlebihan boleh lah terus dibuat dari atas iaitu tempat yang berombak itu dibuat terus dari pinggang. Jika ingin mencuba boleh lah terus menghubungi Jahitan@Sara.. =)

Wednesday, 23 November 2011

Baju Kurung Batik

Baju Kurung Batik
*Contoh Kain Bercorak Batik (Batik Bersusun)

Terdapat pelbagai jenis kain bercorak batik. Ada corak batik berterabur, bersusun dan sebagainya. Salah satunya adalah seperti gambar diatas. Jika anda membeli kain bercorak batik seperti di atas (tgk contoh gambar-warna pink)*  tidak kira jenis kain crepe, sutera atau biasa, ianya hanya sesuai dijadikan baju kurung biasa sahaja. Lihat pada susunan coraknya, ia mmg dilakar untuk dibuat baju kurung biasa. Jika corak batiknya tidak disusun (corak batik berterabur), ianya boleh dibuat baju lain seperti kurung pahang, moden, betawi dan pesak gantung. Bagi pendapat saya, kain bercorak batik sesuai dibuat kurung biasa kerana baju kurung biasa adalah baju formal dan sesuai untuk dibawa ketika bekerja, majlis kenduri dan majlis formal. Lebih-lebih lagi jika mereka yang bekerja di badan kerajaan. Tetapi terpulang juga pada pemakainya juga. =) ..  Di bawah saya tunjukan bagaimana corak batik yang dilakar seperti gambar diatas digunting untuk dijadikan baju kurung biasa dan tidak boleh dibuat selain baju kurung biasa.

Cara kain digunting (corak batik bersusun)




Thursday, 3 November 2011

Mini Jubah

Baru2 ni JahitanSara mendapat tempahan baju dari student UIA gombak, untuk membuat Mini Jubah. Ala2 jubah, tetapi labuhnya seperti labuh baju kurung atau labuh sedikit drp labuh baju tersebut dan dipakai dengan kain. Tak kira kain kipas belakang , kain lipat batik or lain2 kain. Untuk tempahan ini, student itu mahukan kain kipas belakang. Still chumel. Ditambah pula dengan butang2 love yg cute2 sgt..Lagi naik Mini Jubah tu..Mini Jubah ni dibelah di sebelah kiri dan kanan serta didepannya..standard mini jubah selalu begini..sesiapa ingin mencuba boleh la menghubungi Jahitan@Sara..=)
Mini Jubah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...