Saturday, 17 December 2011

Baju Kurung Moden , Lengan Cuff dan Kain Berombak

Hari ini Jahitan@Sara menerima tempahan untuk membuat baju kurung moden dan kain berombak. Baju ini full lining. (manik di atas kain mmg sudah tersedia pada kain.. =) )Anda semua boleh melihat hasilnya.

Baju Kurung Moden (full lining)
Lengan Cuff (Cekak) - 6 inci 1/2 (mengikut ketinggian corak bunga)
Lengan Cuff (Cekak)- Dihiasi dengan butang bungkus atau butang salut (warna butang sesuai dengan corak bunga pada kain)
Kain Berombak atau Kain Beralun
Jika ingin membuat kain berombak atau kain beralun boleh di buat sebegini (lihat gambar di atas) atau boleh dibuat dari pinggang kain. Jika kain kurang mencukupi tempat yang berombak itu dibuat aras2 peha. Jika kain berlebihan boleh lah terus dibuat dari atas iaitu tempat yang berombak itu dibuat terus dari pinggang. Jika ingin mencuba boleh lah terus menghubungi Jahitan@Sara.. =)

Wednesday, 23 November 2011

Baju Kurung Batik

Baju Kurung Batik
*Contoh Kain Bercorak Batik (Batik Bersusun)

Terdapat pelbagai jenis kain bercorak batik. Ada corak batik berterabur, bersusun dan sebagainya. Salah satunya adalah seperti gambar diatas. Jika anda membeli kain bercorak batik seperti di atas (tgk contoh gambar-warna pink)*  tidak kira jenis kain crepe, sutera atau biasa, ianya hanya sesuai dijadikan baju kurung biasa sahaja. Lihat pada susunan coraknya, ia mmg dilakar untuk dibuat baju kurung biasa. Jika corak batiknya tidak disusun (corak batik berterabur), ianya boleh dibuat baju lain seperti kurung pahang, moden, betawi dan pesak gantung. Bagi pendapat saya, kain bercorak batik sesuai dibuat kurung biasa kerana baju kurung biasa adalah baju formal dan sesuai untuk dibawa ketika bekerja, majlis kenduri dan majlis formal. Lebih-lebih lagi jika mereka yang bekerja di badan kerajaan. Tetapi terpulang juga pada pemakainya juga. =) ..  Di bawah saya tunjukan bagaimana corak batik yang dilakar seperti gambar diatas digunting untuk dijadikan baju kurung biasa dan tidak boleh dibuat selain baju kurung biasa.

Cara kain digunting (corak batik bersusun)




Thursday, 3 November 2011

Mini Jubah

Baru2 ni JahitanSara mendapat tempahan baju dari student UIA gombak, untuk membuat Mini Jubah. Ala2 jubah, tetapi labuhnya seperti labuh baju kurung atau labuh sedikit drp labuh baju tersebut dan dipakai dengan kain. Tak kira kain kipas belakang , kain lipat batik or lain2 kain. Untuk tempahan ini, student itu mahukan kain kipas belakang. Still chumel. Ditambah pula dengan butang2 love yg cute2 sgt..Lagi naik Mini Jubah tu..Mini Jubah ni dibelah di sebelah kiri dan kanan serta didepannya..standard mini jubah selalu begini..sesiapa ingin mencuba boleh la menghubungi Jahitan@Sara..=)
Mini Jubah

Thursday, 22 September 2011

Jubah Menyusu

Jubah Menyusu (terdapat zip sembunyi di bahagian hadapan jubah)

Keseluruhan gambar Jubah Menyusu


Assalamualaikum rakan-rakan blog Jahitan@Sara..dah lama lak tk update blog nih..busy beraya la katakan. hehehe..Harituh Jahitan@Sara ada menerima temphan daripada kawan baik..Baju raya la kot..Sebab nak ambil sebelum raya..Kalau dah tempah baju sebelum raya, sudah semestinyer lah baju raya kan..hehhe..

Baju kawan nih adalah jubah menyusu. Erm..kawan nih tgh pregnant. So die terus berfikir ke hadapan untuk membuat jubah menyusu ini. Senang nnt..Dah ada baby nnt, jubah menyusu dah tersedia..tol tak..hehehe..Jubah mnyusu ini ada zip sembunyi dihadapannyer..Mudah untuk baby mnyusu dan dapat menutup aurat kerana dibawah tudung..Kat sni saya post sekali gambarnyer..cntik jubah nih..ada sulam2..:) Sorilah gambor tak bper nk cntik..Gune hanset jer..kamera ade org pinjam..hehe



Tuesday, 6 September 2011

Langsir Raya 2011

Assalamualaikum teman-teman dan pengunjung blog Jahitan@Sara. Rasanyer tidak terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.. Maklumlah sekarang nih dah raya ke -8..betul ker?hehehe...dah seminggu kita yang bergelar seorang muslim ini beraya..Alhamdulillah masih diberi umur yg panjang untuk kita semua menyedut udara di pagi syawal tahun 2011 yang mulia ini.

Raya tahun ni aku berhajat untuk membuat langsir sendiri. Al maklumlah dah ade rumah sendiri macam2 lak yg teringin.Langsirlah, carpet la..seb baek carpet xleh nk wat sendiri..hehhee..langsir aku untuk raya tahun nih pattern Box Pleat & Pelmet. Nanti aku terangkan ckit cmner box pleat dah palmet. Sebelum tu kita tgk diri cmner lah rupe langsir aku kali nih di mata2 pengunjung blog jahitan@sara..segala cadangn dan kritikan diterima dgn senang hati..:)

Langsir sliding
Kepala Langsir Box Pleat + pelmet
Langsir tingkap (xnmpk full sbb ade kerusi :p)

 So cmner rupe langsir aku untuk kali ini..Aku rase menarik ..hehhe..kalau tkder org nk puji diri ini siapa lagi kan. Ok berbalik pada Box pleat dan pelmet tadi.

          i. Box pleat = Pleat ini bermaksud lipatan, teknik lipatan. Langsir ini dikenali sebagai box pleat kerana lipatan2 nya berupa seperti kotak-kotak kecil. Kalau diperhatikan cara2 pembuatannya pun memerlukan ketelitian untuk menentukan berapa jarak yg diperlukan untuk mendapatkan lipatan kotak yg tersusun rapi dah kemas.

           ii. Pelmet =Pelmet suatu masa dahulu merupakan sekeping papan yg dibentuk  serta dicorakkan yg mana ia terletak di bahagian hadapan atas (kepala langsir). Pada masa kini ia diubah suai dgn menggunakan kain kerana ia dapat dipelbagaikan bentuknya mengikut kreativiti.

Kedua2 pattern langsir nih boleh digayakan dengan pelbagai bentuk yg menarik mengikut citarasa sendiri dan kreativiti seseorang.Untuk citarasa aku, aku telah gabungkan kedua2nya sekali. Ada yg mengayakan box pleat dgn scallop dam macam2 lah..Semuanya akan nampak cantik2 belaka.

Sebelum menutup entri kali ini, Jahitan@Sara ingin menyusun 10 jari memohon maaf jika terdapat kekasaran bahasa, tersalah kata dan sudah pastinya ada jika ada kesilapan terknikal dalam penjahitan baju kepada pelanggan2 kesayangan Jahitan@Sara. Jahitan@Sara berharap pelangga2n kesayangan dan bakal pelanggan2 dapat merasa lagi sentuhan jemari dari jahitan@Sara. Jahitan@Sara amat menghargai kalian semua. Bertemu di lain ketika..Selamat hari raya....Daaaaaa

Monday, 8 August 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Assalamualaikum kepada pengunjung Jahitan@Sara..Tak terlambat untuk Jahitan@Sara untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Bila dikatakan Ramadhan means kita wajib berpuasa bagi yang bergelar muslim. Puasa tidak beerti kita menahan lapar dan dahaga sahaja, tp kita mesti menjaga keselurahan nya. Menjaga mata daripada melihat perkara2 yang tidok elok, menjaga mulut daripada mengumpat atau mencela seseorang, menjaga akhlak, menjaga  aurat. Senang cerita semuanya kita kena jaga. Dari sinilah kita akan dapat mendidik jiwa kita untuk menjadi muslim yang sejati. Jangan bulan Ramadhan jer kita menjadi seorang yg bertawaduk. Kita kene teruskan ke bulan2 yang seterusnya insyaAllah kita bakal menjadi penghuni syurga..AMIN....Kalau nak cerita pasal Ramadhan ini terlalu banyak kelebihan dan keistimewaannya sehingga tak tertulis di ruang yg sekecil ini..

Pada bulan Ramdhan ini, Jahitan@Sara mengurangkan sedikit jumlah tempahan untuk diambil. Maklum sajalah dalam byk2 bulan, bulan Ramadhan sahaja kita nk mempertingkatkan amal ibadah kita. Sama2 lah kita menuju ke arah tersebut..Jahitan@Sara masih menerima email dan panggilan daripada pengunjung Jahitan@Sara bertanyakan tempahan baju masih diambil atau tidak . Disebabkan untuk mengejar masa, Jahitan@Sara terpaksa menolak tempahan tersebut. Mungkin hari raya seterusnya anda  boleh mencuba hasil sentuhan Jahitan@Sara..:)

Bulan lepas Jahitan@Sara ada menerima tempahan dari seberang laut..Nun jauh di sana..1st time Jahitan@Sara menrima tempahan yg begitu jauh sekali. Jahitan@Sara amat menghargainya...:) Thanks to Aleeza.. Baju yg diinginkan adalah baju kurung moden full lining. Menggunakan kain chiffon beads..Lining kain satin. Kain baju ini lain ckit, bukan kipas belakang atau kain duyung. Boleh lah tgk sendiri nnt gambarnya..Tapi kalau mnggunkan kain chiffon lagi cntik dan beralun2..


Thursday, 28 July 2011

Jubah/Dress untuk raya

Agak lame aku tidak update blog nih.Lpas announce pasal tempahan baju di Jahitan@Sara ditutup, terus jer senyap sampailah skrg..Yolah nk kene settle kan baju2 yg byk tuh. So kene ade masa yg betul2 terluang barulah leh update ini punyer blog. Skrg nih aku baru jer lps mkn tghari nk kene rehatkan perut nih..Sambil2 tuh leh la update blog nih..:) 

Baju yg aku jahit nih ala2 dress or jubah kot..leh la dua2. baju nih dah lame siap. Just tggu empunya tuan nyer nk ambil..Empunya baju nih namanya kak.Auliya. Dia ade jugak tempah baju kurung utk ank dier..kain cotton cute :). Katanya baju nih nak pakai raya, so ambil lambat pon xper..Jubah nih tangan dier ada tambahan ckit..Ade kedut2 getah....chumel je..:)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...