Monday, 8 August 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Assalamualaikum kepada pengunjung Jahitan@Sara..Tak terlambat untuk Jahitan@Sara untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Bila dikatakan Ramadhan means kita wajib berpuasa bagi yang bergelar muslim. Puasa tidak beerti kita menahan lapar dan dahaga sahaja, tp kita mesti menjaga keselurahan nya. Menjaga mata daripada melihat perkara2 yang tidok elok, menjaga mulut daripada mengumpat atau mencela seseorang, menjaga akhlak, menjaga  aurat. Senang cerita semuanya kita kena jaga. Dari sinilah kita akan dapat mendidik jiwa kita untuk menjadi muslim yang sejati. Jangan bulan Ramadhan jer kita menjadi seorang yg bertawaduk. Kita kene teruskan ke bulan2 yang seterusnya insyaAllah kita bakal menjadi penghuni syurga..AMIN....Kalau nak cerita pasal Ramadhan ini terlalu banyak kelebihan dan keistimewaannya sehingga tak tertulis di ruang yg sekecil ini..

Pada bulan Ramdhan ini, Jahitan@Sara mengurangkan sedikit jumlah tempahan untuk diambil. Maklum sajalah dalam byk2 bulan, bulan Ramadhan sahaja kita nk mempertingkatkan amal ibadah kita. Sama2 lah kita menuju ke arah tersebut..Jahitan@Sara masih menerima email dan panggilan daripada pengunjung Jahitan@Sara bertanyakan tempahan baju masih diambil atau tidak . Disebabkan untuk mengejar masa, Jahitan@Sara terpaksa menolak tempahan tersebut. Mungkin hari raya seterusnya anda  boleh mencuba hasil sentuhan Jahitan@Sara..:)

Bulan lepas Jahitan@Sara ada menerima tempahan dari seberang laut..Nun jauh di sana..1st time Jahitan@Sara menrima tempahan yg begitu jauh sekali. Jahitan@Sara amat menghargainya...:) Thanks to Aleeza.. Baju yg diinginkan adalah baju kurung moden full lining. Menggunakan kain chiffon beads..Lining kain satin. Kain baju ini lain ckit, bukan kipas belakang atau kain duyung. Boleh lah tgk sendiri nnt gambarnya..Tapi kalau mnggunkan kain chiffon lagi cntik dan beralun2..


Thursday, 28 July 2011

Jubah/Dress untuk raya

Agak lame aku tidak update blog nih.Lpas announce pasal tempahan baju di Jahitan@Sara ditutup, terus jer senyap sampailah skrg..Yolah nk kene settle kan baju2 yg byk tuh. So kene ade masa yg betul2 terluang barulah leh update ini punyer blog. Skrg nih aku baru jer lps mkn tghari nk kene rehatkan perut nih..Sambil2 tuh leh la update blog nih..:) 

Baju yg aku jahit nih ala2 dress or jubah kot..leh la dua2. baju nih dah lame siap. Just tggu empunya tuan nyer nk ambil..Empunya baju nih namanya kak.Auliya. Dia ade jugak tempah baju kurung utk ank dier..kain cotton cute :). Katanya baju nih nak pakai raya, so ambil lambat pon xper..Jubah nih tangan dier ada tambahan ckit..Ade kedut2 getah....chumel je..:)


Wednesday, 13 July 2011

Tempahan Baju Raya Aidilfitri Tahun 2011 di TUTUP...

Assalamualaikum pelanggan dan pengunjung Jahitan@Sara yg disayangi selalu. Disini Jahitan@Sara ingin maklumkan bahawa semua tempahan pakaian untuk Aidilfitri 2011 telah di TUTUP. Selepas Aidilfitri 2011, tempahan akan dibuka kembali seperti biasa. Ini kerana Jahitan@Sara ingin memastikan bahawa tempahan baju dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Jahitan@Sara juga ingin memastikan kualiti jahitan  dan keselesaan serta kepuasan pelanggan terjamin dan terjaga.

Walaubagaimanapun kepada pelanggan yang telah menelefon Jahitan@Sara untuk membuat tempahan baju, tempahan anda telah dimasukkan dalam kuota. Jadi anda tidak perlu risau. Anda boleh menghantar kain anda kepada Jahitan@Sara secepatnya. Dan kepada mereka yang telah menelefon untuk membuat tempahan dan  ingin membatalkan tempahan, hendaklah diberitahu kepada Jahitan@Sara dengan kadar segera. Ini kerana Jahitan@Sara boleh membuka sedikit ruang tempahan kepada mereka yang ingin membuat tempahan baju. Pada mereka yang telah menghantar kain kepada Jahitan@Sara sebelum ini, insyaAllah baju anda dapat disiapkan sebelum Aidilfitri 2011.Itu jaminan Jahitan@Sara.

Untuk berita gembira kepada pengunjung blog, Jahitan@Sara akan membuka tempahan sekiranya kuota dan kapasiti Jahitan@Sara mengizinkan. Harap sentiasa mengikuti blog Jahitan@Sara. Mungkin anda mempunyai peluang kedua...

Terima kasih kerana memilih Jahitan@Sara. Jahitan@Sara amat menghargai pelanggan dan pengunjung setia..Sayang kamu semua..:)

Wednesday, 22 June 2011

Tempahan Baju Raya Aidilfitri Tahun 2011 masih di BUKA..!!

 "Kain pasang udah dibeli untuk dibuat baju raya. Kalau tidak ditempah untuk dipakai pada raya aidilfitri pada tahun ini membazir pula. Kalau dibeli baju siap pula, mungkin saiz baju yg dibeli tidak berpadanan dengan saiz badan sendiri. Apa yang perlu dilakukan..?? "

Adakah anda masih tercari-cari jawapan siapakah yang akan membuat baju raya anda pada Aidilfitri 2011 ini. Jahitan@Sara masih menerima tempahan baju raya anda. Dengan harga tempahan baju Jahitan@Sara yang bersesuaian dan menarik di kawasan Selangor dan KL, mungkin anda tidak teragak-agak untuk membuat tempahan baju anda dengan Jahitan@Sara. Anda boleh melihat contoh-contoh hasil sentuhan Jahitan@Sara di post2 sebelum ini dan pasti ada menyukainya. Moga hari raya tahun ini lebih meriah jika anda memakai pakaian yang di jahit oleh Jahitan@Sara. Hubungi saya dan buatlah tempahan jahitan segera agar anda terlewat untuk meraikan hari raya aidilfitri pada tahun ini..(Klik disini untuk maklumat Jahitan@Sara)

Siti Maisarah Idris (Sara)
Taman Gombak, Batu Caves, SELANGOR
(013-3553964) 
Email: jahitansara.gmail.com

Pelan ke rumah saya:


View Larger Map

Sunday, 12 June 2011

Baju Kurung Moden + Lengan Cuff

Wah sudah beberapa minggu aku tidak coretkan apa2 dsini..1st sbb aku kedemaman selama beberapa hari..kalau dah demam semua kije tak leh buat. Termasuklah menjahit baju customer kesayanganku. Sori yer my beloved customer..Aku telah diuji Allah dgn demam..Tapi aku masih inginkan dan buatkan yg terbaik untuk pelangan2ku yang kusayangi..Tanpa mereka mungkin aku tidak dapat menulis disini..:)

Baru-baru ni aku dapt tempahan dari putrajaya. Inginkan baju moden. Baju moden nih takde dat depan dan belakang. Selalu org nak wat dat supaya lebih nampak shape badan. Tapi terpulang pada seseorang yang inginkan keselesaan..Lengan baju dibuat cuff dan diletakkan butang salut..Tgklah sendiri..Cantik ke tak terpulang pada individu. Untuk mereka yang inginkan fesyen lengan sebegini caj akan dikenakan lebih sedikit untuk butang dan caf. Harap pelangan2 ku memahaminya. Kerana semuanye memerlukan kos..hehehe..:)

Baju Kurung Moden

Lengan cuff + butang salut (butang bungkus)

Tuesday, 24 May 2011

Baju Kurung Betawi

Hari post aku berkenaan dengan baju Kurung Betawi. Ramai org bertanyakan aku bagaimanakah rupanyer baju kurung tersebut adakah seperti baju kurung biasa ker, baju kurung pesak gantung ker atau yang sewaktu dengannya. Erm..aku nak terangkan pon susah. Nak kene ada contoh baru pandai terangkan..Hehe..Aku banyak juga tempahan untuk Baju Kurung Betawi ni. Tapi lupe lak nak ambil gambar nk tunjukkan pd korang semua. Kali ini aku kena usahakan jugak untuk tunjukkn bagaimana rupanyer baju Kurung betawi ini..

Baju Kurung Betawi
 - Baju Kurung Betawi ni pesak dari bawah ketiak terus ke bawah (tgk seperti gambar)..Baju nih xder kekek cam baju kurung biasa. Tapi ada orang kata baju nih baju kurung pahang..Entah la yer. tapi aku anggap baju nih baju kurung betawi. Bagi aku baju kurung Pahang, lebar bahu hingga ke bawah adalah sama. Baju kurung riau pula, lebar bahu hingga ke bawah tidak sama. Contohnyer lebar bahu 15 inci, bawah dier 13 inci ker (tgk keadaan). Itu adalah ilmu aku, tak tau la kalau ilmu orang laen..hehehe.. Nanti post laen aku terangkan maksud baju kurung biasa, pesak gantung, riau, pahang dan betawi..Setiap org berbeza kot pendapat..Tggu dan lihat jer la..:)



Wednesday, 18 May 2011

Baju Korporat LHDNM

Erm..ptg tadi aku baru menghabiskan 2 pasang jahitan baju. Sebelum tuh aku menjahit langsir aku yg tak siap2 lagi..dah bper lame terbengkalai..Itu pon masih xsiap. Kalau aku dapt tempahan baju, aku stop dlu jahit langsir..nk beri keutamaan kpd customer. Langsir sendiri takpe.. Ada mase terluang aku jahit la..hehehe.. Berkenaan 2 pasang baju yg aku jahit ptg tadi, itu adalah baju akak aku dan kawannya. Sebenarnyer ade 3 pasang, tp sepasang lagi kawan akak aku masih xkasi baju contoh. Lepas tuh baju tuh nk kene pakai cpt, so aku poskan kembali kain yg xsiap potong tuh kpd tuannya. Xder rezeki nak wat baju tuh kot.. Baju akak aku tu baju korporat LHDNM. Akak aku kije LHDNM kat Melaka. Dia kate haritu nak pakai lmbat lagi, so aku pon wat la dlu baju2 yg urgent. Alih2 tipon nk kene pakai cpt lak. So aku pon cpt2 la potong n jahit. Bukan pe, nnt nak kene pos ke Melaka lak. Ambil mase tuh. Aku rase, sok atau jumaat aku akan poskan. Sempat lagi , InsyaAllah. Akak aku wat baju moden lining + kain kipas belakang. (lining terkeluar ckit kat lengan dan baju) . Design tuh akak aku nk wat cmtuh. So aku ikutkan sahaja. Harap betul la pe yg dilukis dan dicakapnyer dan betul la ape yg aku wat..hehehe..:)

Baju Korporat LHDNM (Design :Baju kurung moden+kain kipas belakang)   


  - sori gambar xclear sgt sbb gune HP je..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...