Tuesday, 24 May 2011

Baju Kurung Betawi

Hari post aku berkenaan dengan baju Kurung Betawi. Ramai org bertanyakan aku bagaimanakah rupanyer baju kurung tersebut adakah seperti baju kurung biasa ker, baju kurung pesak gantung ker atau yang sewaktu dengannya. Erm..aku nak terangkan pon susah. Nak kene ada contoh baru pandai terangkan..Hehe..Aku banyak juga tempahan untuk Baju Kurung Betawi ni. Tapi lupe lak nak ambil gambar nk tunjukkan pd korang semua. Kali ini aku kena usahakan jugak untuk tunjukkn bagaimana rupanyer baju Kurung betawi ini..

Baju Kurung Betawi
 - Baju Kurung Betawi ni pesak dari bawah ketiak terus ke bawah (tgk seperti gambar)..Baju nih xder kekek cam baju kurung biasa. Tapi ada orang kata baju nih baju kurung pahang..Entah la yer. tapi aku anggap baju nih baju kurung betawi. Bagi aku baju kurung Pahang, lebar bahu hingga ke bawah adalah sama. Baju kurung riau pula, lebar bahu hingga ke bawah tidak sama. Contohnyer lebar bahu 15 inci, bawah dier 13 inci ker (tgk keadaan). Itu adalah ilmu aku, tak tau la kalau ilmu orang laen..hehehe.. Nanti post laen aku terangkan maksud baju kurung biasa, pesak gantung, riau, pahang dan betawi..Setiap org berbeza kot pendapat..Tggu dan lihat jer la..:)



Wednesday, 18 May 2011

Baju Korporat LHDNM

Erm..ptg tadi aku baru menghabiskan 2 pasang jahitan baju. Sebelum tuh aku menjahit langsir aku yg tak siap2 lagi..dah bper lame terbengkalai..Itu pon masih xsiap. Kalau aku dapt tempahan baju, aku stop dlu jahit langsir..nk beri keutamaan kpd customer. Langsir sendiri takpe.. Ada mase terluang aku jahit la..hehehe.. Berkenaan 2 pasang baju yg aku jahit ptg tadi, itu adalah baju akak aku dan kawannya. Sebenarnyer ade 3 pasang, tp sepasang lagi kawan akak aku masih xkasi baju contoh. Lepas tuh baju tuh nk kene pakai cpt, so aku poskan kembali kain yg xsiap potong tuh kpd tuannya. Xder rezeki nak wat baju tuh kot.. Baju akak aku tu baju korporat LHDNM. Akak aku kije LHDNM kat Melaka. Dia kate haritu nak pakai lmbat lagi, so aku pon wat la dlu baju2 yg urgent. Alih2 tipon nk kene pakai cpt lak. So aku pon cpt2 la potong n jahit. Bukan pe, nnt nak kene pos ke Melaka lak. Ambil mase tuh. Aku rase, sok atau jumaat aku akan poskan. Sempat lagi , InsyaAllah. Akak aku wat baju moden lining + kain kipas belakang. (lining terkeluar ckit kat lengan dan baju) . Design tuh akak aku nk wat cmtuh. So aku ikutkan sahaja. Harap betul la pe yg dilukis dan dicakapnyer dan betul la ape yg aku wat..hehehe..:)

Baju Korporat LHDNM (Design :Baju kurung moden+kain kipas belakang)   


  - sori gambar xclear sgt sbb gune HP je..:)

Wednesday, 11 May 2011

Baju Kurung Pahang Sis Ku cayang

Entry kali adalah request daripada pelanggan ku yg kusayangi..Aka akak ku..Akak angkat la kot..Erm aka my best pren la..Pggilan untuk nya dalah SIS.2mggu lepas sis ada wat tempahan baju dgn jahitan@Sara. Bertuah sungguh aku sbb kawan baik ku ingin menempah bersama Jahitan@Sara..Kalau korang nak tahu, aku amik ukuran badan sis di parking kereta kat kedai makan mak sis kat ampang..Seb baek malam..xder la malu sgt..Dok kat tempt yg sorok2 sikit. Kalau org nmpak pe lak org ckp kn..Waktu tuh kiteorg ade reunion. Kebetulan tuh la sis nk tempah baju..Aku tk kisah pon..Customer kene jaga..Betul tak.? Sis wat baju kurung pahang..Harap sis suke yer..:)

 

Sunday, 8 May 2011

Tempahan Baru

8 Mei 2011 bersamaa Hari Ibu Sedunia..Semua org meraikannya. Membeli kan hadiah kepada ibu. Membawa ibu makan di luar. Mengajak ibu pergi ke tempat2 yang menarik untuk dilawati. Bagi aku hari ibu adalah setiap hari dalam hidupku. Tidak perlu tarikh yang sesuai untuk meraikan hari tersebut. Kerana ibu adalah insan yang paling teristimewa dalam hidupku. Didikan yang telah ibuku berikan amat bermakna dan berharga bagiku. Kepada ibuku yang ku panggil MAK sejak dari aku mula pandai menuturkan kata2 sehingga lah kehidupan aku sekarang ini, aku ingin menyatakan kepadamu bahawa aku amat menyayangi mu sehingga hayatku. Walaupun perbuatan ku tidak menyatakannya tetapi hati ku sentiasa mengingati mu dimana sahaja ku berada. I LOVE U MAK...:)

Berbalik semula kepada jahitan. Harini aku telah menyiapkan tempahan baru dari Putrajaya. Semua sekali ada 3 pasang baju yang cantik. Alhamdulillah akhirnya aku berjaya menyiapkannya dalam masa 1 hari. Walaupun pelbagai kerja sampingan perlu aku lakukan pada hari ini. Kerja sampingan tersebut adalah dalam kol 9pagi aku pergi ke kelas agama (setiap hari ahad), kedua pergi pasar untuk masak tgh hari dan membeli brangn untuk bekalan selama seminggu, ketiga aktiviti memasak bersama suami tercinta. Kemudian ada lapangan waktu aku menyiapkan 3 pasang baju kurung yang cantik ini. Harap pemiliknya berpuas hati dengan sentuhan Jahitan@Sara..:)




Gambar adalah tempahan baru. Baju tersebut semuanya baju kurung biasa dan sudah semuanye cantik2 belaka..hehehe..Jika anda diluar sana berkenaan juga bolehlah membuat tempahan bersama Jahitan@Sara. Apa2 pertanyaan boleh terus menghubungi saya di jahitansara.gmail.com atau menelefon saya di 013-3553964..Smile..:)

Friday, 6 May 2011

Fesyen Baju Raya Tahun Ni..

Erm..raya tahun 2011 nih akak aku dah tetapkan warna baju untuk kami satu keluarga..Tahun nih warna tema kami adalah warna purple. Dah lame tak pakai warna purple untuk raye. last sekali pakai tema purple tahun 2006. Waktu tuh tahun akak ku kawen. So kami leh la terus pakai baju purple tuh untuk tema kenduri kawen tersebut. Senang. Xyah nk banyak2 beli baju kan. Tahun ni aku rase nk wat pattern baju laen ckit. Jiran sebelah umah aku baju raye dier dah ciap da. Color hitam putin dan warna gold. Anak2 dier pon same. Ank dier 2 org jer..Masih kecil.. Chumel jer aku tgk baju budak 2org tuh.. Baju raye jiran aku nih baju lace tau..Ala lace pangantin tuh..Bukan main kan..Aku pon cm teringin lak nk pakai baju raya cmtuh..hehehe..tapi aku rase aku cm nk wat pattern cmnih. tapi color purple la..Tgk tau..

 

 

Erm..aku rase cm cantik jer..gune kain chiffon purple..Aku harap aku leh wat pattern cmnih.Harap2 menjadi la..hehe..doa2kn menjadi yer..:)

Thursday, 5 May 2011

Akhirnya Selesai Jua Tempahan Baju Kurung Dari Jalan Duta..

Assalamualaikum...

Udah agak lame tidak mempamerkan post di blog Jahitan@Sara nih..Mungkin masa yang tidak mengizinkan untuk aku menulisnya disini. Tapikan kalau nak ikutkan masa, mmg xpernah ckup 24 jam yang Allah beri kepada kita semua. Ada jer kerja yg perlukan dilakukan. Pagi2 dalam kol 7 pergi kerja, balik dari opis dah kol 6 ptg. Dah habis setengah hari di opis. Sampai umah, masak2.Siap2 kan anak, kemas2 rumah. Tgk2 malam sudah menjelma. Kalau kita tidak aturkan masa kite sesempurnanya, mmg masa tidak akan pernah cukup. Selalu org kata mase begitu mencemburi kita. Tapi aku rase bukan mase yang mencemburi kite, tetapi sikap kita sendiri bagaimana nak menguruskan masa tersebut.. Setuju tak dengan pendapat aku..?? hehehe..

Oklah kita berbalik semula kepda jahitan. 2 minggu lepas aku pergi ke LHDNM Jalan Duta. Tempat kerja lamaku. Waktu ketika itu, aku telah mempromote jahitan@sara di Blog dan FB. Kemudian kawanku Pekjah (Dayang Nur Faizah) telah membaca blog tersebut dan telah mempromote kan jahitan@Sara kpd kawanku yg lain means seangkatan kerja dengannya la.. Dia telah mencanang-canangkan jahitan@sara nih. Seronok aku, sebb kawanku menolong aku dalam hal  ini. Mmg TERBAEK..hehehe..:) So aku ambil tempahan disana. Ada yg bawak sample baju dan ade juga aku yang ambil ukuran badan dieorang. Dan hari ini aku telah menghantar baju yg telah siap dijahit oleh Jahitan@Sara. Aku mmg ambil mase 2 minggu untuk menghabiskan nya. Bukan apa dalam 2 minggu tu ada jugak baju temphan laen yang aku jahit. Sbb itu la ambil masa ckit  nk siapkan baju Pekjah and The Geng..hehehe.. Aku harap sangat la baju yang dijahit oleh Jahitan@Sara selesa dipakai..Semoga Allah sentiasa bersama2 ku..AMIN..

Kat bawah ini adalah serba sedikit picture baju Pekjah and The Geng yg sempat di snap..
Baju Pekjah dan kawan2.. Ada satu lagi baju benarnya, tapi telah diambil oleh empunya tuan..
Baju Kurung Moden & Kain Kipas Belakang (Full Lining)- (sori ltk atas lantai jer, xbeli patung lagi untuk ditry)
Baju Kurung Pahang/Kain Kipas Belakang
Baju Kurung Biasa
Baju Kurung Betawi & Kain Selisih Depan
Baju Kurung Pahang & Kain Selisih Belah
Baju Kurung Biasa Piping (sori piping tak nampak dlm gambar nih..)
Kalau banyak tempahan aku leh datang terus kepada pelanggan dan hantar terus kepada pelangan mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Itu adalah service terbaik aku..hehehe.. :)

Friday, 22 April 2011

Istiqamah 4 Rukun Konsistensi Iman

Assalamualaikum....

Pada  20 April 2011 (Rabu) haritu aku menghadiri satu kuliah agama bersama Mak Mertua kesayangku dengan adik ipar di Ana Edar Grennwood, Gombak. Penceramah pada malam tersebut adalah antara ustaz favorite aku, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil . Kadang-kadang ustaz tersebut lebih glamour dengan delaran Saifulislam. Ini kerana website ustaz tersebut menggunakan nama url http://saifulislam.com. Kalau masih tak kenali, ustaz ini pernah mengarang buku yang terkenal di kalangan kita semua antaranya buku AKU TERIMA NIKAHNYA (merupakan buku yang terlaris), BERCINTA SAMPAI KE SYURGA, MURABBI CINTA, RINDU BAU POHON TIN, SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH dan TRANSFORMASI RAMADAN. Anda semua dah kenal siapa Ustaz Hasrizal nih..? :) 

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (http://saifulislam.com)



Kuliah agama tersebut berkisar berkenaan tajuk ISTIQAMAH 4 RUKUN KONSISTENSI IMAN. Kuliah agama yg amat berguna tidak mungkin aku tinggal dengan hanya sia-sia tanpa menulis point2 penting untuk rujukan aku nanti. Manusia ini ada kalanya dia akan lupa  apa yang didengar dan dilihatnya. Aku termasuk dikalangan tersebut. Sebab itulah aku mangambil inisiatif untuk menulis poin2 tersebut di dairi ku agar ilmu itu tidak dipersiakan begitu sahaja. Dan sudah pastinya aku boleh berkongsi sedikit ilmu ini bersama rakan2 di luar sana. Antara point2 yang aku coretkan di dairiku akan ku coretkan di sini untuk ikitbar kita semua. InsyaAllah hendaknya....

Al-Wahhab-Maha Pemberi Kurnia
"Al-Wahhab" merupakan nama-nama Allah S.W.T (Asma al-Husna). "Al-Wahhab" bermaksud Yang Maha Pemberi Kurnia. Antara pengertian mendalam untuk "Al-Wahhab" ini antaranya adalah:
  1. Allah S.W.T lebih banyak memberi daripada kita meminta kepada-NYA
  2. Allah S.W.T memberi secara yang berulang-ulang
  3. Allah S.W.T memberi tanpa meminta balasan
  4. Allah S.W.T memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan sesuatu kebaikan
  5. Allah S.W.T memberi sesuatu yang sangat penting dan istimewa
Tiada andaian-andaian yang akan membantu seseorang itu untuk beristiqamah, melainkan harus patuh kepada rukun-rukunnya yang dibentangkan Allah di dalam Surah Hud (ayat 112-115). 4 rukun Istiqamah adalah:


  • Rukun 1: JANGAN MELAMPAU


  • "Janganlah kamu melampau"
    - Ia bermaksud kecenderungan untuk melakukan perbuatan yang memberat-beratkan sesuatu. Antaranya dikenali sebagai mereka yang ekstrim. Cukup sekadar melampau itu diertikan sebagai melakukan sesuatu melebihi apa yang diperintahkan oleh Allah SWT, dengan sangkaan bahawa memberat-beratkan diri dengan melampaui perintah Allah itu petanda kepada TAQWA. Puasalah, tetapi berbukalah juga. Bangunlah malam, tapi peruntukkan juga masa untuk tidur. Beribadahlah semahunya, tetapi bernikah juga. Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam berkata jika mereka yang enggan pada peraturan seimbang ini, “engkau bukan dari umatku” .


  • Rukun 2: JANGAN CENDERUNG KEPADA GOLONGAN YANG ZALIM

  • “Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim”
    - Zalim memberi pengertian iaitu meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Manusia yang zalim adalah  manusia yang mensyirikkan Allah, manusia yang berbuat maksiat serta manusia yang mengambil hak orang lain. Sebagai seorang sahabat kita seharusnya memberi nasihat kepada sahabat kita yang lain tapi jangan kita pula cenderung kepada mereka. Contohnya: "Kita sudah mengetahui waktu zuhur telah masuk, tapi kita melambat-lambatkan solat untuk menjaga kepentingan sahabat kita. Golongan yang cenderung kepada para zalimin, bukannya dicampakkan ke neraka, bahkan mereka itu disambar oleh api murka Allah. 


  • Rukun 3: SOLAT

  • "Dan dirikanlah solat, pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. "
    - Solat merupakan alat perhubungan kita dengan Allah. Seperti kapal terbang, jika ia terputus komunikasi dengan menara kawalan sudah pastinya ia akan terbabas. Begitu juga dengan kita dengan Allah. Walaubagaimanapun keadaan kita, wajib bagi kita untuk solat walaupun dalam keadaan sakit. Ada suatu cerita mengisahkan bahawa seorang tua iaitu ibu kepada anak2 terlantar (koma) selama beberapa bulan dengan diletakkan ibu itu di bilik yang sangat kotor dan busuk. Dan kemudian didatangi seorang ustaz dan ustaz tersebut membersihkan bilik tersebut. Dengan berkat daripada Allah, ibu yang terlantar sakit itu tersedar dari komanya dan terus ingin bersolat. MasyaAllah selepas selesai daripada solatnya, ibu tersebut telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Peringatan juga buat kita semua, khuatir sekali jika sepanjang hayat kita bersolat, tetapi lima hari terakhir sebelum mati kita tidak bersolat kerana uzur, walhal selagi masih sedar, selagi itulah kita mukallaf terhadap kewajipan solat itu. Mampukah kita pastikan solat kita hingga ke waktu solat terakhir sebelum berangkat mati?


  • Rukun 4: BERSABAR

  • "Dan sabarlah, sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan."
    - Sabar yang digambarkan adalah sebagai matahari. Sabar adalah sumber segala-galanya. Sabar boleh dikategorikan kepada: Sabar dengan Allah, Sabar bersama Allah dan Sabar kerana Allah. Bersabarlah… tiada sabar kecuali dengan Allah, tiada sabar kecuali dengan melazimkan diri bersama Allah, tiada sabar kecuali sabar untuk Allah, dan jangan sekali-kali berlaku sombong dengan menyabarkan diri DARI Allah.
    Rumusannya adalah "Janganlah kita berhenti taubat kerana takut nanti Allah akan mencabut nyawa kita sebelum kita bertaubat untuk taubat yang seterusnya."

    Anda boleh membaca al-Quran untuk memahami maksud istiqamah ini, dengan meneliti surah Huud (Ayat 112-115) berserta terjemahannya. Jika terdapat kesilapan dari apa yang ditulis ini, harap dapat di dengarkan kepada saya semula. Yang baik itu datang dari Allah, dan yang silap itu datangnya daripada saya sendiri. marilah sama-sama kita memanfatkan dan menilai siapa kita sebenarnya.

    Penulisan ini boleh dihayati dengan lebih mendalam dengan melayari  http://saifulislam.com/3113..

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...