Wednesday, 26 October 2016

Cara MURAH Belajar Menjahit

*Cara MURAH belajar jahit*
 ===============================
 Salah satu cara hendak jimatkan kos belajar jahit adalah bemula dengan menjahit baju kanak2 sebabnya:

>Tak perlu beli kain baru..boleh guna lebihan kain sahaja. Kebanyakkan tukang jahit ada banyak simpan lebihan kain. Berbaiklah dengan mereka supaya anda boleh dapatkannya secara percuma.

>Kalau jahitan tak kemas pun..kanak2 tetap gembira bila dapat pakai baju baru.

Perkhidmatan Jahitan

Jangan terlalu berani dalam bisnes jahit kalau:

+ Kita belum pernah membayar gaji walaupun walaupun pada diri sendiri, jangan berani-berani hendak mempunyai staff.

+ Kita belum pernah membuka kedai di rumah sendiri, jangan berani-berani meminjam duit bank bagi membuka kedai besar.

+ Kita belum pernah mempunyai pengamalan melangsaikan hutang bank RM5k, jangan berani-berani membuat pinjaman RM50k.

Saturday, 24 May 2014

Tempahan Jahitan Idulfitri 2014 Di Tutup

Dukacita dimaklumkan bahawa tempahan raya Idulfitri 2014 ditutup. Jahitan Sara memohon maaf di atas kelewatan dalam pemberitahuan ini. Jahitan Sara akan hanya mengambil tempahan jika pelanggan yang hanya membeli kain di Cotton Sara sahaja (klik disini untuk melihat pelbagai kain).

Tetapi jika ada masih kekosongan di saat2 akhir, Jahitan Sara akan maklumkan semula di blog dan facebook Jahitan Sara. Harap sentiasa mengikuti maklumat terkini daripada Jahitan Sara. Terima kasih.

Tuesday, 22 April 2014

Baju Kurung Menyusu



Baju Kurung Moden Menyusu
(Bukaan meyusu di bahagian mempunyai zip sorok dan ada lining bahagian depan)
Kain dari Cotton Sara

Baju Kurung Pahang  Menyusu
(Bukaan menyusu di bahagian hadapan berbutang dan ada lining bahagian depan )
Kain dari Cotton Sara

 



Wednesday, 16 October 2013

Cotton Sara

Atas permintaan pelanggan, Jahitan@Sara telah membuka Butik Cotton Sara(klik disini). Kepada pelanggan Jahitan@Sara dialu alukan untuk membeli belah di Cotton Sara dan terus mendapatkan perkhidmatan di  Jahitan@Sara. Terima kasih menyokong Jahitan@Sara selama ini.. Luv u olls..


Monday, 7 October 2013

COMING SOON...

Atas permintaan ramai, Jahitan@Sara akan mengeluarkan 2 projek terbaru. Harap dapat menanti kemunculannya...COMING SOON.. =)

Thursday, 11 July 2013

Tempahan DIBUKA Semula

Assalamualaikum pengunjung blog Jahitan@Sara..

Ada berita baik bagi mereka yang masih mencari2 tukang jahit untuk tempahan hari raya 2013. Jahitan@Sara membuka semula tempahan sebanyak 10 pasang baju untuk raya idulfitri 2013. Tempahan ini bermula pada hari ini. Siapa cepat dia dapat. Bagi yang ingin membuat tempahan, Jahitan@Sara menghadkan 1 pelanggan terhad kepada 2 pasang sahaja. Untuk tempahan ini, Jahitan@Sara hanya mengambil jenis fabrik/kain yang tidak licin seperti kain cotton dan seangkatan dengannya, tidak mempunyai lining dan hanya design seperti biasa. Contohnya kurung biasa, kurung pahang, kurung betawi, kurung pesak gantung dan kurung moden.

Bagi mereka yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi sy di talian 013-3553964, email: jahitansara@gmail.com atau di FB : Jahitan Sara .

Jahitan@sara akan mengambil tempahan bagi mereka yang cepat menghubungi Jahitan@Sara dengan memenuhi kriteria yang disenaraikan di atas.

Terima kasih semua..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...