Saturday, 26 May 2012

Tempahan Baju Aidilfitri 2012 DITUTUP



Assalamualaikum pelanggan dan pengunjung Jahitan@Sara yg disayangi selalu. Disini Jahitan@Sara ingin maklumkan bahawa semua tempahan pakaian untuk Aidilfitri 2012 telah di TUTUP. Selepas Aidilfitri 2012, tempahan akan dibuka kembali seperti biasa. Ini kerana Jahitan@Sara ingin memastikan bahawa tempahan baju dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.
Walaubagaimanapun kepada pelanggan yang telah menelefon Jahitan@Sara untuk membuat tempahan baju, tempahan anda telah dimasukkan dalam kuota. Jadi anda tidak perlu risau. Anda boleh menghantar kain anda kepada Jahitan@Sara secepatnya. Dan kepada mereka yang telah menelefon untuk membuat tempahan dan ingin membatalkan tempahan, hendaklah diberitahu kepada Jahitan@Sara dengan kadar segera. Ini kerana Jahitan@Sara boleh membuka sedikit ruang tempahan kepada mereka yang ingin membuat tempahan baju. Pada mereka yang telah menghantar kain kepada Jahitan@Sara sebelum ini, insyaAllah baju anda dapat disiapkan sebelum Aidilfitri 2012.Itu jaminan Jahitan@Sara.

Untuk berita gembira kepada pengunjung blog, Jahitan@Sara akan membuka tempahan sekiranya kuota dan kapasiti Jahitan@Sara mengizinkan. Harap sentiasa mengikuti blog Jahitan@Sara. Mungkin anda mempunyai peluang kedua...

Terima kasih kerana memilih Jahitan@Sara. Jahitan@Sara amat menghargai pelanggan dan pengunjung setia..Sayang kamu semua..:)


Tuesday, 15 May 2012

Kaftan ( Baju Kelawar)

Entry terbaru berkenaan dgn baju ini..Baju kelawar..Dulu baju kelawar adalah baju tidur..Tapi sekarang  baju kelawar dipakai ketika hendak keluar berjalan-jalan .Glamour tol baju cmnih skang. Merata2 org pakai. =) Cth baju ni, kain yang digunakan adalah kain lycra..So kainnya nampak jatuh..Kain lycra kain yg berat..sesuai untuk design begini..


Monday, 14 May 2012

Tempahan Baju Aidilfitri 2012


Jahitan@Sara membuka tempahan untuk mereka yang ingin menempah baju yang akan dipakai di Aidilfitri 2012. Jika anda berminat boleh terus menghubungi Jahitan@Sara di talian 013-3553964/email: jahitansara@gmail.com atau terus berjumpa dengan Jahitan@Sara sendiri di Taman Gombak, Batu Caves (kwsan Greenwood). Jahitan@Sara akan mengambil tempahan terakhir sehingga hujung bulan Jun 2012. Jika kuota sudah penuh, Jahitan@Sara akan menutup tempahan pada bila-bila masa. Jadi tempahan kali ini bagi mereka yang cepat. Jika masih belum membeli kain, anda boleh membuat reserve terlebih dahulu dengan menghubungi Jahitan@Sara dengan memberitahu design dan berapa pasang baju yg ingin ditempah. Jahitan@Sara amat mengalu-alukan anda untuk mencuba hasil sentuhan kemas Jahitan@Sara. =)

Thursday, 29 March 2012

Jubah Moden

Assalamualaikum..

Jahitan@Sara sungguh2 teruja membuat Jubah Putih ini. Maklumlah ini jubah moden untuk mak kesayangan ku. Kalau membuat baju mak, mesti sgt2 seronok. Kalau dah ada kain, mesti nak terus buat baju mak. Dulu mak buat baju untuk ku. Sekarang anaknya membuat baju untuk mak nya. Jubah ini untuk mak yang akan menunaikan umrah tidak lama lagi. Design begini tidak pernah lgi Jahitan@Sara buat. Jahitan@Sara mahu kelainan untuk jubah mak. Yerlah untuk mak, Jahitan@Sara mahu yang terbaik dan design yg terbaru.. Jubah ini sudah diberikan kepada mak. Mak amat menyukainya..Seronoknyer..MAK SUKA hasil sentuhanku.




Thursday, 22 March 2012

Dress 4 Asilah

Tempahan Jahitan@Sara baru2 ini adalah daripada kawan sekolah menengah. Last jumpa waktu wedding saya..Agak lame tuh.. Dress ni dia mahu pakai waktu wedding adik kesayangan die. Sebenarnya Jahitan@Sara mahu patung yg pakai dress ni, tapi disebabkan kawan saya ni terlalu chumel badannya, patung tak muat nak pakai. Alih2 kene mintak izin kawan ni letak gambar dia dlm blog ni..Dah minta izin tau..hehe..bukan selalu Jahitan@Sara tukar2 model. Mana tau yg diluar tu pula leh jadi model terkini Jahitan@Sara..=)  Dress ni ada lining. Chiffon + Satin. Siapa mahu menempah design sebegini atau design lain mengikut selera masing2, boleh la menghubungi Jahitan@Sara. Saya menunggu kehadiran tempahan dari kamu...wif SMILE..=)

Monday, 20 February 2012

Telekung Sulam

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas."

[Al-A'raf - ayat 31]


Assalamualaikum...

Kepada pelanggan-pelanggan yang hormati, Jahitan@Sara kini mempromosikan telekung sulam yang menitikberatkan syarak serta kewajipan sah solat kepada muslimah ketika menunaikan ibadah solat.


Telekung Sulam Bertingkat-tingkat

Telekung dengan bidang yang besar

Sulam Bertingkat-tingkat berwarna putih lambang kesucian

Bahagian muka yang mempunyai getah bagi mengelakkan rambut terkeluar
Keseluruhan Telekung Sulam Jahitan@Sara

Sulam di bahagian kain



HARGA : RM 75 (termasuk pos)
harga promosi

Ciri-ciri telekung sulam Jahitan@Sara adalah:

1. Kain jenis cotton dan kain telekung tidak panas dan sangat selesa apabila memakainya ketika solat serta menunaikan haji atau umrah.

 2. Tidak nipis (tebal).

 3. Bidang kain yang labuh

 4. Hasil potongan yang tepat dan jahitan serta sulaman yang kemas.

 5. Mempunyai getah di bahagian kepala bagi mengelakkan tentang rambut terkeluar ketika menunaikan solat.

 6. Corak sulam yang cantik (bertingkat-tingkat) dan menarik serta fabrik yang memang sesuai untuk dijadikan telekung

 7. Warna telekung dan sulaman adalah bewarna putih yang melambang kesucian kepada pemakainya

8. Bahagian kainnya adalah kain sarung yang bergetah dan berfleksibel agar sesuai kepada semua saiz pinggang pemakainya.

Jika berminat boleh la menghubungi Jahitan@Sara..=)



Saturday, 11 February 2012

Uniform Jururawat

Post kali ini, Jahitan@Sara ada menerima tempahan untuk unifrom ala-ala jururawat. Tetapi uniform ini dipakai oleh pembantu rumah atau dikenali sebagai bibik. Uniform ini tidak mempunyai kolar seperti uniform jururawat. Ini kerana untuk memberi keselesaaan kepada pemakainya ketika sedang melakukan pelbagai pekerjaan di rumah. Uniform ini mempunyai 2 poket di bahagian hadapan baju seperti dalam gambar di bawah. Anda boleh melihatnya sendiri..=)

Uniform Ala-ala Jururawat (Bahagian Hadapan)

Mempunyai poket di sebelah kanan dan kiri di bahagian baju. (Bahagian Sisi)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...