Jahitan@Sara membuka tempahan untuk mereka yang ingin menempah baju yang akan dipakai di Aidilfitri 2012. Jika anda berminat boleh terus menghubungi Jahitan@Sara di talian 013-3553964/email: jahitansara@gmail.com atau terus berjumpa dengan Jahitan@Sara sendiri di Taman Gombak, Batu Caves (kwsan Greenwood). Jahitan@Sara akan mengambil tempahan terakhir sehingga hujung bulan Jun 2012. Jika kuota sudah penuh, Jahitan@Sara akan menutup tempahan pada bila-bila masa. Jadi tempahan kali ini bagi mereka yang cepat. Jika masih belum membeli kain, anda boleh membuat reserve terlebih dahulu dengan menghubungi Jahitan@Sara dengan memberitahu design dan berapa pasang baju yg ingin ditempah. Jahitan@Sara amat mengalu-alukan anda untuk mencuba hasil sentuhan kemas Jahitan@Sara. =)
JahitanSara menerima tempahan baju kurung, baju menyusu, baju kurung Pahang, baju kurung raya, baju nikah, fesyen muslimah dan fesyen baju terkini di Kuala Lumpur. Juga menerima tempahan baju online. Pengalaman menjahit semenjak tahun 2001 dan memulakan karier menjahit sepenuh masa di 2 buah butik sebelum menubuhkan JahitanSara di Gombak.
Monday, 14 May 2012
Thursday, 29 March 2012
Jubah Moden
Assalamualaikum..
Jahitan@Sara sungguh2 teruja membuat Jubah Putih ini. Maklumlah ini jubah moden untuk mak kesayangan ku. Kalau membuat baju mak, mesti sgt2 seronok. Kalau dah ada kain, mesti nak terus buat baju mak. Dulu mak buat baju untuk ku. Sekarang anaknya membuat baju untuk mak nya. Jubah ini untuk mak yang akan menunaikan umrah tidak lama lagi. Design begini tidak pernah lgi Jahitan@Sara buat. Jahitan@Sara mahu kelainan untuk jubah mak. Yerlah untuk mak, Jahitan@Sara mahu yang terbaik dan design yg terbaru.. Jubah ini sudah diberikan kepada mak. Mak amat menyukainya..Seronoknyer..MAK SUKA hasil sentuhanku.
Thursday, 22 March 2012
Dress 4 Asilah
Tempahan Jahitan@Sara baru2 ini adalah daripada kawan sekolah menengah. Last jumpa waktu wedding saya..Agak lame tuh.. Dress ni dia mahu pakai waktu wedding adik kesayangan die. Sebenarnya Jahitan@Sara mahu patung yg pakai dress ni, tapi disebabkan kawan saya ni terlalu chumel badannya, patung tak muat nak pakai. Alih2 kene mintak izin kawan ni letak gambar dia dlm blog ni..Dah minta izin tau..hehe..bukan selalu Jahitan@Sara tukar2 model. Mana tau yg diluar tu pula leh jadi model terkini Jahitan@Sara..=) Dress ni ada lining. Chiffon + Satin. Siapa mahu menempah design sebegini atau design lain mengikut selera masing2, boleh la menghubungi Jahitan@Sara. Saya menunggu kehadiran tempahan dari kamu...wif SMILE..=)
Monday, 20 February 2012
Telekung Sulam
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas."
[Al-A'raf - ayat 31]
Assalamualaikum...
Kepada pelanggan-pelanggan yang hormati, Jahitan@Sara kini mempromosikan telekung sulam yang menitikberatkan syarak serta kewajipan sah solat kepada muslimah ketika menunaikan ibadah solat.
[Al-A'raf - ayat 31]
Assalamualaikum...
Kepada pelanggan-pelanggan yang hormati, Jahitan@Sara kini mempromosikan telekung sulam yang menitikberatkan syarak serta kewajipan sah solat kepada muslimah ketika menunaikan ibadah solat.
![]() |
| Telekung Sulam Bertingkat-tingkat |
![]() |
| Telekung dengan bidang yang besar |
![]() |
| Sulam Bertingkat-tingkat berwarna putih lambang kesucian |
![]() |
| Bahagian muka yang mempunyai getah bagi mengelakkan rambut terkeluar |
![]() |
| Keseluruhan Telekung Sulam Jahitan@Sara |
![]() |
| Sulam di bahagian kain HARGA : RM 75 (termasuk pos) harga promosi |
Ciri-ciri telekung sulam Jahitan@Sara adalah:
1. Kain jenis cotton dan kain telekung tidak panas dan sangat selesa apabila memakainya ketika solat serta menunaikan haji atau umrah.
2. Tidak nipis (tebal).
3. Bidang kain yang labuh
4. Hasil potongan yang tepat dan jahitan serta sulaman yang kemas.
5. Mempunyai getah di bahagian kepala bagi mengelakkan tentang rambut terkeluar ketika menunaikan solat.
6. Corak sulam yang cantik (bertingkat-tingkat) dan menarik serta fabrik yang memang sesuai untuk dijadikan telekung
7. Warna telekung dan sulaman adalah bewarna putih yang melambang kesucian kepada pemakainya
8. Bahagian kainnya adalah kain sarung yang bergetah dan berfleksibel agar sesuai kepada semua saiz pinggang pemakainya.
1. Kain jenis cotton dan kain telekung tidak panas dan sangat selesa apabila memakainya ketika solat serta menunaikan haji atau umrah.
2. Tidak nipis (tebal).
3. Bidang kain yang labuh
4. Hasil potongan yang tepat dan jahitan serta sulaman yang kemas.
5. Mempunyai getah di bahagian kepala bagi mengelakkan tentang rambut terkeluar ketika menunaikan solat.
6. Corak sulam yang cantik (bertingkat-tingkat) dan menarik serta fabrik yang memang sesuai untuk dijadikan telekung
7. Warna telekung dan sulaman adalah bewarna putih yang melambang kesucian kepada pemakainya
8. Bahagian kainnya adalah kain sarung yang bergetah dan berfleksibel agar sesuai kepada semua saiz pinggang pemakainya.
Jika berminat boleh la menghubungi Jahitan@Sara..=)
Saturday, 11 February 2012
Uniform Jururawat
Post kali ini, Jahitan@Sara ada menerima tempahan untuk unifrom ala-ala jururawat. Tetapi uniform ini dipakai oleh pembantu rumah atau dikenali sebagai bibik. Uniform ini tidak mempunyai kolar seperti uniform jururawat. Ini kerana untuk memberi keselesaaan kepada pemakainya ketika sedang melakukan pelbagai pekerjaan di rumah. Uniform ini mempunyai 2 poket di bahagian hadapan baju seperti dalam gambar di bawah. Anda boleh melihatnya sendiri..=)
![]() |
| Uniform Ala-ala Jururawat (Bahagian Hadapan) |
![]() |
| Mempunyai poket di sebelah kanan dan kiri di bahagian baju. (Bahagian Sisi) |
Wednesday, 25 January 2012
Blouse Terkini
Assalamualaikum...
Jahitan@Sara ada menerima tempahan daripada K.Lea a.k.a pelanggan tetap Jahitan@Sara . Kali ini K.Lea membuat tempahan untuk jahitan blouse. Jika berminat boleh mencubanya sendiri di Jahitan@Sara. Anda boleh melihat gambarnya di bawah ini.. =)
![]() |
| Blouse ini mempunyai jahitan di dada dan berkedut-kedut. Lengan cuff setebal 3 inci dan dihiasi dengan butang bungkus selari dengan ketebalan cuff |
![]() |
| Blouse ini pula berbelah dihadapan dan dihiasi belahannya dengan butang. Serta mempunyai belahan dikiri dan kanan blouse. Lengannya pula mempunyai jahitan berlapik2. |
Saturday, 7 January 2012
Baju Kurung Pahang Menyusu
Baru-baru ini Jahitan@Sara ada menerima tempahan Baju Kurung Pahang Menyusu. Baju ini mempunyai zip sorok dihadapannya bagi memudahkan ibu menyusukan anak. Baju ini juga boleh dipakai ketika tidak menyusu..Ianya fleksibel..hehe..=) Ada 2 pattern utk tempahan pada kali ini. Anda boleh melihatnya sendiri. Jika berkenaan, boleh menempah di Jahitan@Sara. Saya amat mengalu-alukan kehadiran tempahan dari anda semua..=)
![]() |
| Baju Kurung Pahang Menyusu+ Kain Lipat Batik |
![]() |
| Baju Kurung Pahang Menyusu (Zip Sorok dibahagian depan baju (sehingga atas pusat-memudahkan ibu2 menyusukan anak). Butang salut di bawah zip adalah permintaan dari pelanggan sendiri. |
![]() |
| Design Tangan dibelah ditengah dan diletakkn butang salut serta dikeluarkan sedikit baki kain Design adalah dari pelanggan sendiri |
![]() |
| Baju Kurung Pahang Menyusu dan Mengandung + Kain Lipat Batik |
![]() |
| Zip dibahagian depan baju seperti baju kuning di atas |
Subscribe to:
Posts (Atom)






















