Wednesday, 25 January 2012

Blouse Terkini

Assalamualaikum...
 
Jahitan@Sara ada menerima tempahan daripada K.Lea a.k.a pelanggan tetap Jahitan@Sara  . Kali ini K.Lea membuat tempahan untuk jahitan blouse. Jika berminat boleh mencubanya sendiri di Jahitan@Sara. Anda boleh melihat gambarnya di bawah ini.. =)

Blouse ini mempunyai jahitan di dada dan berkedut-kedut. Lengan cuff setebal 3 inci dan dihiasi dengan butang bungkus selari dengan ketebalan cuff

Blouse ini pula berbelah dihadapan dan dihiasi belahannya dengan butang. Serta mempunyai belahan dikiri dan kanan blouse. Lengannya pula mempunyai jahitan berlapik2.


Saturday, 7 January 2012

Baju Kurung Pahang Menyusu

Baru-baru ini Jahitan@Sara ada menerima tempahan Baju Kurung Pahang Menyusu. Baju ini mempunyai zip sorok dihadapannya bagi memudahkan ibu menyusukan anak. Baju ini juga boleh dipakai ketika tidak menyusu..Ianya fleksibel..hehe..=) Ada 2 pattern utk tempahan pada kali ini. Anda boleh melihatnya sendiri. Jika berkenaan, boleh menempah di Jahitan@Sara. Saya amat mengalu-alukan kehadiran tempahan dari anda semua..=)

Baju Kurung Pahang Menyusu+ Kain Lipat Batik

Baju Kurung Pahang Menyusu (Zip Sorok dibahagian depan baju (sehingga atas pusat-memudahkan ibu2 menyusukan anak). Butang salut di bawah zip adalah permintaan dari pelanggan sendiri.

Design Tangan dibelah ditengah dan diletakkn butang salut serta dikeluarkan sedikit baki kain
Design adalah dari pelanggan sendiri

Baju Kurung Pahang Menyusu dan Mengandung + Kain Lipat Batik

Zip dibahagian depan baju seperti baju kuning di atas

Baju ini adalah untuk ibu yang mengandung dan menyusu.Design baju ialah dengan adanya penambahan kain dibahagian bawah zip (kain warna plain purple). Ini kerana design tersebut disebabkan ibu mengandung mempunyai perut yg agak besar. Boleh dipakai ketika tidak mengandung, mengandung dah ketika menyusukan anak..  =)

Saturday, 17 December 2011

Baju Kurung Moden , Lengan Cuff dan Kain Berombak

Hari ini Jahitan@Sara menerima tempahan untuk membuat baju kurung moden dan kain berombak. Baju ini full lining. (manik di atas kain mmg sudah tersedia pada kain.. =) )Anda semua boleh melihat hasilnya.

Baju Kurung Moden (full lining)
Lengan Cuff (Cekak) - 6 inci 1/2 (mengikut ketinggian corak bunga)
Lengan Cuff (Cekak)- Dihiasi dengan butang bungkus atau butang salut (warna butang sesuai dengan corak bunga pada kain)
Kain Berombak atau Kain Beralun
Jika ingin membuat kain berombak atau kain beralun boleh di buat sebegini (lihat gambar di atas) atau boleh dibuat dari pinggang kain. Jika kain kurang mencukupi tempat yang berombak itu dibuat aras2 peha. Jika kain berlebihan boleh lah terus dibuat dari atas iaitu tempat yang berombak itu dibuat terus dari pinggang. Jika ingin mencuba boleh lah terus menghubungi Jahitan@Sara.. =)

Wednesday, 23 November 2011

Baju Kurung Batik

Baju Kurung Batik
*Contoh Kain Bercorak Batik (Batik Bersusun)

Terdapat pelbagai jenis kain bercorak batik. Ada corak batik berterabur, bersusun dan sebagainya. Salah satunya adalah seperti gambar diatas. Jika anda membeli kain bercorak batik seperti di atas (tgk contoh gambar-warna pink)*  tidak kira jenis kain crepe, sutera atau biasa, ianya hanya sesuai dijadikan baju kurung biasa sahaja. Lihat pada susunan coraknya, ia mmg dilakar untuk dibuat baju kurung biasa. Jika corak batiknya tidak disusun (corak batik berterabur), ianya boleh dibuat baju lain seperti kurung pahang, moden, betawi dan pesak gantung. Bagi pendapat saya, kain bercorak batik sesuai dibuat kurung biasa kerana baju kurung biasa adalah baju formal dan sesuai untuk dibawa ketika bekerja, majlis kenduri dan majlis formal. Lebih-lebih lagi jika mereka yang bekerja di badan kerajaan. Tetapi terpulang juga pada pemakainya juga. =) ..  Di bawah saya tunjukan bagaimana corak batik yang dilakar seperti gambar diatas digunting untuk dijadikan baju kurung biasa dan tidak boleh dibuat selain baju kurung biasa.

Cara kain digunting (corak batik bersusun)




Thursday, 3 November 2011

Mini Jubah

Baru2 ni JahitanSara mendapat tempahan baju dari student UIA gombak, untuk membuat Mini Jubah. Ala2 jubah, tetapi labuhnya seperti labuh baju kurung atau labuh sedikit drp labuh baju tersebut dan dipakai dengan kain. Tak kira kain kipas belakang , kain lipat batik or lain2 kain. Untuk tempahan ini, student itu mahukan kain kipas belakang. Still chumel. Ditambah pula dengan butang2 love yg cute2 sgt..Lagi naik Mini Jubah tu..Mini Jubah ni dibelah di sebelah kiri dan kanan serta didepannya..standard mini jubah selalu begini..sesiapa ingin mencuba boleh la menghubungi Jahitan@Sara..=)
Mini Jubah

Thursday, 22 September 2011

Jubah Menyusu

Jubah Menyusu (terdapat zip sembunyi di bahagian hadapan jubah)

Keseluruhan gambar Jubah Menyusu


Assalamualaikum rakan-rakan blog Jahitan@Sara..dah lama lak tk update blog nih..busy beraya la katakan. hehehe..Harituh Jahitan@Sara ada menerima temphan daripada kawan baik..Baju raya la kot..Sebab nak ambil sebelum raya..Kalau dah tempah baju sebelum raya, sudah semestinyer lah baju raya kan..hehhe..

Baju kawan nih adalah jubah menyusu. Erm..kawan nih tgh pregnant. So die terus berfikir ke hadapan untuk membuat jubah menyusu ini. Senang nnt..Dah ada baby nnt, jubah menyusu dah tersedia..tol tak..hehehe..Jubah mnyusu ini ada zip sembunyi dihadapannyer..Mudah untuk baby mnyusu dan dapat menutup aurat kerana dibawah tudung..Kat sni saya post sekali gambarnyer..cntik jubah nih..ada sulam2..:) Sorilah gambor tak bper nk cntik..Gune hanset jer..kamera ade org pinjam..hehe



Tuesday, 6 September 2011

Langsir Raya 2011

Assalamualaikum teman-teman dan pengunjung blog Jahitan@Sara. Rasanyer tidak terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.. Maklumlah sekarang nih dah raya ke -8..betul ker?hehehe...dah seminggu kita yang bergelar seorang muslim ini beraya..Alhamdulillah masih diberi umur yg panjang untuk kita semua menyedut udara di pagi syawal tahun 2011 yang mulia ini.

Raya tahun ni aku berhajat untuk membuat langsir sendiri. Al maklumlah dah ade rumah sendiri macam2 lak yg teringin.Langsirlah, carpet la..seb baek carpet xleh nk wat sendiri..hehhee..langsir aku untuk raya tahun nih pattern Box Pleat & Pelmet. Nanti aku terangkan ckit cmner box pleat dah palmet. Sebelum tu kita tgk diri cmner lah rupe langsir aku kali nih di mata2 pengunjung blog jahitan@sara..segala cadangn dan kritikan diterima dgn senang hati..:)

Langsir sliding
Kepala Langsir Box Pleat + pelmet
Langsir tingkap (xnmpk full sbb ade kerusi :p)

 So cmner rupe langsir aku untuk kali ini..Aku rase menarik ..hehhe..kalau tkder org nk puji diri ini siapa lagi kan. Ok berbalik pada Box pleat dan pelmet tadi.

          i. Box pleat = Pleat ini bermaksud lipatan, teknik lipatan. Langsir ini dikenali sebagai box pleat kerana lipatan2 nya berupa seperti kotak-kotak kecil. Kalau diperhatikan cara2 pembuatannya pun memerlukan ketelitian untuk menentukan berapa jarak yg diperlukan untuk mendapatkan lipatan kotak yg tersusun rapi dah kemas.

           ii. Pelmet =Pelmet suatu masa dahulu merupakan sekeping papan yg dibentuk  serta dicorakkan yg mana ia terletak di bahagian hadapan atas (kepala langsir). Pada masa kini ia diubah suai dgn menggunakan kain kerana ia dapat dipelbagaikan bentuknya mengikut kreativiti.

Kedua2 pattern langsir nih boleh digayakan dengan pelbagai bentuk yg menarik mengikut citarasa sendiri dan kreativiti seseorang.Untuk citarasa aku, aku telah gabungkan kedua2nya sekali. Ada yg mengayakan box pleat dgn scallop dam macam2 lah..Semuanya akan nampak cantik2 belaka.

Sebelum menutup entri kali ini, Jahitan@Sara ingin menyusun 10 jari memohon maaf jika terdapat kekasaran bahasa, tersalah kata dan sudah pastinya ada jika ada kesilapan terknikal dalam penjahitan baju kepada pelanggan2 kesayangan Jahitan@Sara. Jahitan@Sara berharap pelangga2n kesayangan dan bakal pelanggan2 dapat merasa lagi sentuhan jemari dari jahitan@Sara. Jahitan@Sara amat menghargai kalian semua. Bertemu di lain ketika..Selamat hari raya....Daaaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...