Saturday, 26 May 2012

Tempahan Baju Aidilfitri 2012 DITUTUP



Assalamualaikum pelanggan dan pengunjung Jahitan@Sara yg disayangi selalu. Disini Jahitan@Sara ingin maklumkan bahawa semua tempahan pakaian untuk Aidilfitri 2012 telah di TUTUP. Selepas Aidilfitri 2012, tempahan akan dibuka kembali seperti biasa. Ini kerana Jahitan@Sara ingin memastikan bahawa tempahan baju dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.
Walaubagaimanapun kepada pelanggan yang telah menelefon Jahitan@Sara untuk membuat tempahan baju, tempahan anda telah dimasukkan dalam kuota. Jadi anda tidak perlu risau. Anda boleh menghantar kain anda kepada Jahitan@Sara secepatnya. Dan kepada mereka yang telah menelefon untuk membuat tempahan dan ingin membatalkan tempahan, hendaklah diberitahu kepada Jahitan@Sara dengan kadar segera. Ini kerana Jahitan@Sara boleh membuka sedikit ruang tempahan kepada mereka yang ingin membuat tempahan baju. Pada mereka yang telah menghantar kain kepada Jahitan@Sara sebelum ini, insyaAllah baju anda dapat disiapkan sebelum Aidilfitri 2012.Itu jaminan Jahitan@Sara.

Untuk berita gembira kepada pengunjung blog, Jahitan@Sara akan membuka tempahan sekiranya kuota dan kapasiti Jahitan@Sara mengizinkan. Harap sentiasa mengikuti blog Jahitan@Sara. Mungkin anda mempunyai peluang kedua...

Terima kasih kerana memilih Jahitan@Sara. Jahitan@Sara amat menghargai pelanggan dan pengunjung setia..Sayang kamu semua..:)


Tuesday, 15 May 2012

Kaftan ( Baju Kelawar)

Entry terbaru berkenaan dgn baju ini..Baju kelawar..Dulu baju kelawar adalah baju tidur..Tapi sekarang  baju kelawar dipakai ketika hendak keluar berjalan-jalan .Glamour tol baju cmnih skang. Merata2 org pakai. =) Cth baju ni, kain yang digunakan adalah kain lycra..So kainnya nampak jatuh..Kain lycra kain yg berat..sesuai untuk design begini..


Monday, 14 May 2012

Tempahan Baju Aidilfitri 2012


Jahitan@Sara membuka tempahan untuk mereka yang ingin menempah baju yang akan dipakai di Aidilfitri 2012. Jika anda berminat boleh terus menghubungi Jahitan@Sara di talian 013-3553964/email: jahitansara@gmail.com atau terus berjumpa dengan Jahitan@Sara sendiri di Taman Gombak, Batu Caves (kwsan Greenwood). Jahitan@Sara akan mengambil tempahan terakhir sehingga hujung bulan Jun 2012. Jika kuota sudah penuh, Jahitan@Sara akan menutup tempahan pada bila-bila masa. Jadi tempahan kali ini bagi mereka yang cepat. Jika masih belum membeli kain, anda boleh membuat reserve terlebih dahulu dengan menghubungi Jahitan@Sara dengan memberitahu design dan berapa pasang baju yg ingin ditempah. Jahitan@Sara amat mengalu-alukan anda untuk mencuba hasil sentuhan kemas Jahitan@Sara. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...