Saturday 6 October 2012

Bukaan Baju Kurung Menyusu

Wah sudah berbulan saya tidak mengupdate blog nih..Bersarang dah blog ni dgn sarang labah-labah..kene cuci dgn vacuum agaknyer..hehe..Selepas raya masih banyak lagi tempahan jahitan. Ada yang nak pakai nikah, kenduri kawen dan yang tak boleh agak yang nak pakai raya haji. Jahitan@Sara terima semuanya. Orang kata rezeki jangan ditolak. Tapi kalau dah melebihi kuota, Jahitan@Sara akan menghadkan tempahan. Kepada pelanggan Jahitan@Sara yang menempah baju pada raya aidilfitri yang lepas, TERIMA KASIH diucapkan. harap semuanya berpuas hati. Jika tidak, kalian boleh beritahu saya kembali, agar saya dapat memperbaiki kelemahan diri. Ini kerana setiap manusia ada kelemahan masing2 dan kelemahan tersebut insyaAllah akan diperbaiki..

Kali ini cerita berkenaan dengan bukaan baju kurung menyusu. Sebenarnya ada macam2 jenis bukaan menyusu dan ia juga terpulang kepada customer tersebut. Setiap bukaan menyusu ada kelebihan dan kekurangannya dan yang paling penting untuk keselesaan ibu dan baby. Untuk pelanggan yang ingin menempah boleh la melihat gambar yg dipaparkan untuk membuat pilihan. Tetapi jika pelanggan mempunyai idea lain boleh dikemukan kepada Jahitan@Sara. Sebenarnya ada pelbagai jenis bukaan, tetapi tidak sempat untuk diambil gambar kerana sebab2 tertentu. Harap boleh melayan gambar2 di bawah... =) Jika berminat boleh la menempah dan terus hubungi Jahitan@Sara di talian 013-3553964 atau email kepada jahitansara@gmail.com . Gambar2 berkenaan bukaan baju menyusu yang lain akan dipaparkan dalam entri yang seterusnya. Harap dapat menunggu..=)

Baju Kurung Pahang Menyusu + kain Lipat Batik 
Bukaan = zip dibahagian depan baju dan mempunyai lining dibahagian dalam agar tidak nampak terlalu seksi
Bukaan = bahagian dalam mempunyai bukaan di kanan dan kiri payudara

Baju Kurung biasa + kain susun kiri
Bukaan = di kanan dan kiri baju (sesuai untuk baju yang  telah siap dan diupgrade menjadi bju kurung menyusu -boleh save bajet =)

Bukaan = bukaan menyusu di kanan dan kiri baju (tiada lining bahagian dalam)

Baju kurung moden + kain kipas belakang
Bukaan = zip sorok dibahagian depan baju (tiada lining di dalam)

Bukaan = zip sorok di bahagian depan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...