Monday 20 February 2012

Telekung Sulam

"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas."

[Al-A'raf - ayat 31]


Assalamualaikum...

Kepada pelanggan-pelanggan yang hormati, Jahitan@Sara kini mempromosikan telekung sulam yang menitikberatkan syarak serta kewajipan sah solat kepada muslimah ketika menunaikan ibadah solat.


Telekung Sulam Bertingkat-tingkat

Telekung dengan bidang yang besar

Sulam Bertingkat-tingkat berwarna putih lambang kesucian

Bahagian muka yang mempunyai getah bagi mengelakkan rambut terkeluar
Keseluruhan Telekung Sulam Jahitan@Sara

Sulam di bahagian kain



HARGA : RM 75 (termasuk pos)
harga promosi

Ciri-ciri telekung sulam Jahitan@Sara adalah:

1. Kain jenis cotton dan kain telekung tidak panas dan sangat selesa apabila memakainya ketika solat serta menunaikan haji atau umrah.

 2. Tidak nipis (tebal).

 3. Bidang kain yang labuh

 4. Hasil potongan yang tepat dan jahitan serta sulaman yang kemas.

 5. Mempunyai getah di bahagian kepala bagi mengelakkan tentang rambut terkeluar ketika menunaikan solat.

 6. Corak sulam yang cantik (bertingkat-tingkat) dan menarik serta fabrik yang memang sesuai untuk dijadikan telekung

 7. Warna telekung dan sulaman adalah bewarna putih yang melambang kesucian kepada pemakainya

8. Bahagian kainnya adalah kain sarung yang bergetah dan berfleksibel agar sesuai kepada semua saiz pinggang pemakainya.

Jika berminat boleh la menghubungi Jahitan@Sara..=)



Saturday 11 February 2012

Uniform Jururawat

Post kali ini, Jahitan@Sara ada menerima tempahan untuk unifrom ala-ala jururawat. Tetapi uniform ini dipakai oleh pembantu rumah atau dikenali sebagai bibik. Uniform ini tidak mempunyai kolar seperti uniform jururawat. Ini kerana untuk memberi keselesaaan kepada pemakainya ketika sedang melakukan pelbagai pekerjaan di rumah. Uniform ini mempunyai 2 poket di bahagian hadapan baju seperti dalam gambar di bawah. Anda boleh melihatnya sendiri..=)

Uniform Ala-ala Jururawat (Bahagian Hadapan)

Mempunyai poket di sebelah kanan dan kiri di bahagian baju. (Bahagian Sisi)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...