Wednesday 23 November 2011

Baju Kurung Batik

Baju Kurung Batik
*Contoh Kain Bercorak Batik (Batik Bersusun)

Terdapat pelbagai jenis kain bercorak batik. Ada corak batik berterabur, bersusun dan sebagainya. Salah satunya adalah seperti gambar diatas. Jika anda membeli kain bercorak batik seperti di atas (tgk contoh gambar-warna pink)*  tidak kira jenis kain crepe, sutera atau biasa, ianya hanya sesuai dijadikan baju kurung biasa sahaja. Lihat pada susunan coraknya, ia mmg dilakar untuk dibuat baju kurung biasa. Jika corak batiknya tidak disusun (corak batik berterabur), ianya boleh dibuat baju lain seperti kurung pahang, moden, betawi dan pesak gantung. Bagi pendapat saya, kain bercorak batik sesuai dibuat kurung biasa kerana baju kurung biasa adalah baju formal dan sesuai untuk dibawa ketika bekerja, majlis kenduri dan majlis formal. Lebih-lebih lagi jika mereka yang bekerja di badan kerajaan. Tetapi terpulang juga pada pemakainya juga. =) ..  Di bawah saya tunjukan bagaimana corak batik yang dilakar seperti gambar diatas digunting untuk dijadikan baju kurung biasa dan tidak boleh dibuat selain baju kurung biasa.

Cara kain digunting (corak batik bersusun)




Thursday 3 November 2011

Mini Jubah

Baru2 ni JahitanSara mendapat tempahan baju dari student UIA gombak, untuk membuat Mini Jubah. Ala2 jubah, tetapi labuhnya seperti labuh baju kurung atau labuh sedikit drp labuh baju tersebut dan dipakai dengan kain. Tak kira kain kipas belakang , kain lipat batik or lain2 kain. Untuk tempahan ini, student itu mahukan kain kipas belakang. Still chumel. Ditambah pula dengan butang2 love yg cute2 sgt..Lagi naik Mini Jubah tu..Mini Jubah ni dibelah di sebelah kiri dan kanan serta didepannya..standard mini jubah selalu begini..sesiapa ingin mencuba boleh la menghubungi Jahitan@Sara..=)
Mini Jubah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...